Saturday, July 11, 2009

Beginikah sikap ahli agama?????

Dalam Malaysiakini bertarikh 11 Julai 2009, Hadi telah bersikap melampau menghina penduduk Batang Ai, SARAWAK dengan mengatakan "Semua pilihanraya kecil sebelum ini keputusannya memihak kepada kita. Cuma di Batang Ai sahaja kita kalah sebab mereka ini tidak reti undi, pakai cawat lagi. Saya bukan nak hina tetapi tempat yang pakai molek,undi PAS," katanya.."
Aduh..beginikah sikap seorang ulama yang menyebarkan dakwah Islamiah..Adakah kerana penduduk Sarawak tidak memilih pakatan pembangkang maka hinaan seperti ini dilemparkan kepada mereka??? Adakah begini sikap PAS...tidak bersama mereka terus dihina..Adakah Hadi tidak sedar bahawa Rasulullah sendiri tidak pernah menghina orang yang tidak mengikuti ajarannya.Malah Rasululah sendiri menyuapkan makanan kepada seorang buta yang walaupun diketahui oleh Rasulullah si buta itu selalu mencaci dirinya.
PAS...usah mendakwa diri mengikut sunnah Nabi jika adab sendiri tidak dijaga. Seorang daei yang baik dan ikhlas tidak akan pernah marah walaupun dihina oleh musuhnya..ini tidak...malah NIK AZIZ pun pernah mencarut...
Kalau beginilah sikap PAS maka tidak hairanlah kenapa wakil PAS di Sarawak menangis kerana tiada sambutan terhadap PAS di Sarawak..dan ternyata HADI belum pernah menjejak kan kaki ke Sarawak kerana wakil PAS di Sarawak pernah merayu agar pimpinan pusat PAS datang melawat Sarawak..Entah-entah HADI sendiri belum pernah naik kapal terbang kecuali untuk menunaikan haji....Penduduk Batang Ai yang dikatakan pakai cawat tu dah boring naik kapal terbang tau...entah-entah kalau tuai rumah menjadi calon PAS di MAnik URai mereka boleh jadi calon yang lebih baik kerana mereka bukan setakat jual ikan malah lebih dari itu..malah keuntungan mereka lebih banyak dari calon PAS di Manik Urai...dan sebenarnya HADI telah menghina semua orang yang tidak mengundi PAS termasuk di semenanjung Malaysia.

3 comments:

hilbert said...

Salam Mr.,

Haji Hadi menghina kami di Sarawak sebab kami tidak mahu PAS bertapak di Sarawak. PAS langsung tidak sesuai sama sekali dengan selera kami di Sarawak.

Walaupun UMNO tidak wujud di Sarawak, tetapi kami boleh bekerjasama dan akan terus memberikan kerjasama dengan UMNO demi kepentingan kaum bumiputera atau peribumi di negara ini.

UMNO adalah yang terbaik untuk bumiputera, tetapi sayangnya keahlian UMNO hanya terbuka kepada Bumiputera Melayu sahaja tetapi tidak kepada kaum bumiputera lainnya.

Jika di Sarawak Parti Pesaka Bumiputera Bersatu terbuka kepada semua kaum bumiputera(PBB) dan di Sarawak PBB adalah tonggak BN peringkat negeri.

Anonymous said...

TERIMAKASEH ATAS NASIHAT. SALAM PERKENALAN. DAH TUA NI , LAGI PUN BUKANNYA MAHIR SANGAT KOMPUTER INI. CUMA MENULIS ATAS SEMANGAT UNTUK MEMBANTU AGAMA, BANGSA DAN NEGARA SAHAJA.

antianwaribrahimdotcom said...

SALAM.

ABDUL HADI MULUT CELUPAR!

HADI SUDAH MENGHINA KAMI PENDUDUK SARAWAK!

KAMI AKAN PASTIKAN PAS TERUS BERKUBUR DI BUMI KENYALANG!

PERKARA INI SUDAH DISEBARKAN KEPADA SEMUA ORANG SARAWAK UNTUK MAKLUMAN DAN TINDAKAN "KERAS"!!!!