Tuesday, July 7, 2009

Kisah Hero Selangor....Hero ke?????


Salam perjuangan..
Ana ingin mengajak sahabat-sahabat supaya merenung sejenak siapakah sebenarnya Khalid Ibrahim yang dikatakan Hero Selangor ini...Hero ke???Sememangnya KI adalah hero..kerana apa ???Kerana telah berjaya menipu dan berlakon di depan rakyat Selangor yang telah tersalah mengundi KI untuk menjadi Menteri Besar Selangor..Kalau dah nama pun dari PKR...maka secara automatikya...akan meniru lagak ketuanya iaitu ANWAR IBRAHIM...nama bapak pun sama.memang betul lah tu...

Kisah Hero 1



Selepas menang dalam pilihanraya dan berjaya memerintah Selangor, Kerajaan pimpinan Khalid Ibrahim ada mengeluarkan cadangan untuk meluluskan segera projek ladang ternakan babi moden yang mengunakan teknologi dari Jerman di Ladang Tumbuk, Mukim Batu Kuala Langat Selangor. Ana melihat ini hadiah yang paling bernilai berikan selaku Menteri Besar Selangor kepada seluruh rakyat negeri Selangor yang rata-rata beragama Islam. Katanya nak membela Islam dengan kerjasama PAS..begini ke cara membela Islam...????Kenapa kerajaan negeri Selangor, pimpinan Khalib Ibrahim beria-ia benar untuk meluluskan projek ini? Adakah bekalan babi tidak mencukupi menampung keperluan bukan Islam di Selangor yang dianggarkan seramai 1.3 juta Cina dan 647,000 India kerana belum pernah dengar lagi dalam media massa bekalan babi di Selangor tidak mencukupi dimusim perayaan??Rasanya Khalid ni orang Islam...lebih baik buka pusat ternakan ayam. Ayam selalu je kehabisan stok semasa musim perayaan...oh..baru ana faham...mungkin Khalid nak jadi Hero untuk menambah keuntungan ekonomi Selangor...yelah..harga sekilo babi kan lebih mahal berbanding sekilo ayam...

Kisah Hero 2



Sahabat-sahabat tentu masih ingat kisah EXCO KERAJAAN NEGERI SELANGOR iaitu Elizabeth Wong..Time ni pun Khalid sekali lagi menjadi hero sebab berjaya mempertahankan wanita yang lemah tetapi bermoral rendah ini...Ana malu melihat gambar Eli yang tidak malu mempamerkan ****** nya itu. Akibat rasa kagumnya Khalid Ibrahim terhadap gambar tersebut menyebabkab dia tidak tergamak untuk memecat Elizabeth Wong. Malah PAS sendiri pun menyokong tindakan Khalid. Malah dengan rasa yakinnya menyatakan ini adalah perbuatan khianat untuk menjatuhkan Eli...alah...kalau ia pun..semuanya datang dari PKR sendiri terutamanya ex-boyfriend si Eli tu...Kenapa Khalid membela Eli??Adakah kerana Khalid kagum dengan keunikan Eli????


Kisah Hero 3



Jika kita merujuk kenyataan akhbar The Sun, muka surat 2. YAB Tan Sri Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar Selangor yang mempunyai kuasa penuh telah kembalikan 90% dewan serbaguna dan pusat komuniti kepada pihak berkuasa tempatan. Kenyataan akhbar menujukkan penduduk di Taman Maju Jaya dan Taman Cheras Indah telah memprotes tindakan Khalid Ibrahim menutup pusat kegiatan komuniti.

Tindakan Khalib Ibrahim menutup pusat komuniti di Pandan Perdana dengan cadangan membina "driving range" adalah amat melampau, jelas membuktikan kerajaan negeri Selangor pimpinan PKR sanggup menyusahkan rakyat demi meraih keuntungan. Persoalannya mengapa diganggu penduduk yang mahu menjalankan aktiviti kemasyarakatan bukankah itu perkara yang baik iaitu untuk menwujudkan perpaduan rakyat Malaysia selaras dengan hasrat YAB Perdana Menteri Malaysia yang mewar-warkan konsep 1Malaysia.

Kalau kita nilai perkara-perkara yang telah berlaku, kita akan dapat menilai sebenarnya mana-mana wakil rakyat dari pihak pembangkang sebenarnya tidak mengambil berat tentang kesulitan rakyat. Semuanya hanya inginkan jawatan, kuasa dan nama sahaja...Sebelum perangai ini menular...leboh baik kita sekat puak-puak ini kerana jika berlaku kesulitan semuanya adalah berpunca dari kita yang silap memilih .Allah telah berfirman di dalam Surah Ali-Imran ayat 182 yang bermaksud :
" (Azab) yang demikian itu adalah disebabkan oleh perbuatan kamu sendiri, bahkan Allah tidak akan sesekali menganiayai hamba-hamba-Nya"
Fikir-fikirkanlah....

No comments: