Tuesday, July 14, 2009

Sedih dan terkilan..



salam ziarah...
ana memang tak puas hati dengan segala bahasa yang digunakan oleh puak anony mahupun penyokong pembangkang ni...kalau benarlah anda berpandukan Al-Quran dan Sunnah Rasul, insya Allah anda tidak akan berkelakuan sedemikian...macam mana nak berdakwah sekiranya Islam dizahirkan sebagai pengganas sehingga perempuan pun nak dilukakan..semasa perperangan di zaman nabi pun golongan tua,kanak-kanak dan wanita tidak dicederakan malah diselamatkan..nampaknya puak penyokong PAS ni dah melangkaui hak NABI..

PAS hanya lah sebuah parti politik dan bukannya jaminan untuk masuk syurga.Jaminan untuk masuk syurga adalah bila kita melakukan suruhan Allah dan meninggalkan larangannya.Menyokong PAS tidak termasuk dalam RUKUN IMAN dan juga RUKUN ISLAM..dalam RUKUN SOLAT pun tiada apatah lagi RUKUN PUASA..ana cabar keluarkan ayat Al-Quran yang mengatakan jaminan masuk syurga kepada mereka yang mengundi PAS..Dalam Surah An-Nisa' ayat 124 Allah telah berfirman yang bermaksud :

" Barangsiapa yang mengerjakan amal-amal soleh, baik lelaki mahupun perempuan sedang ia orang-orang yang beriman maka mereka itu akan dimasukkan ke dalam syurga dan mereka tidak akan dianiaya sedikit pun".

Perkataan BARANGSIAPA YANG MNGERJAKAN AMAL SOLEH....itu merujuk kepada semua golongan bukan hanya penyokong PAS sahaja ya...jadi tak kira dari parti mana pun..amalannya tetap akan diterima oleh ALLAH...dan Allah telah berfirman di dalam Surah Yunus ayat 27 yang bermaksud :

"Dan orang-orang yang mengerjakan kejahatan mendapat balasan yang setimpal dan mereka ditutupi oleh kehinaan. Tidak ada bagi mereka seorang pelindung pun dari azab Allah, seakan-akan muka mereka ditutupi dengan kepingan malam yang gelap gulita. Mereka itulah penghuni neraka, dan mereka kekal di dalamnya"

Ayat DAN ORANG_ORANG YANG MENGERJAKAN KEJAHATAN itu pun merujuk kepada semua golongan manusia yang melakukan kejahatan dan bukannya yang tidak menyokong PAS..so kalau anda taksub dengan PAS sekali pun...jika buat dosa,menghina sesama ISLAM anda akan tetap akan mendapat balasan dari dosa yang telah anda lakukan.Jangan sewenang-wenangnya mengukur iman seseorang...jika Allah takdirkan matinya seseorang itu dalam IMAN lambang PAS bukan jaminannya dan jika ANDA DITAKDIRKAN MATI DALAM KUFUR walau dikafankan dengan bendera PAS sekali pun ianya bukanlah penghalang untuk api neraka menjilat tubuh anda...walau batu nisan anda ada ganbar NIK AZIZ sekalipun bukan jaminan untuk Malaikat MAlik senyum kepada anda di dalam neraka...TAKBIR!!!!!ALLAHHU AKBAR!!!!!!!

10 comments:

ks30069 said...

assalamualaikum...salam perjuangan...

saya cukup menyokong perjuangan kamu....mmg benar...siapalah kita sebagai manusia utk menilai amal pahala @ bala dosa,syurga @ neraka,mahupun baik @ buruk seseorg.......itu semua kerja Allah...Bukan pemimpin PAS yang menentukan kedudukan kita di akhirat kelak...semua manusia adalah sama disisiNYA.....kalau benar berjuang demi ISLAM,sy cabar PAS tentang DAP yg terang-terangan mahu menjatuhkan ISLAM!!!!!!!!!!

kluangman said...

Salam ziarah..

Politik itu permainan kotor pemimpinnya, bagaimana pula anda mengharapkan bahasa indah dari penyokongnya !

Amin Baek said...

yup..ana skong..ana malu melihat penyokong Parti Islam dok tlonjak2,memaki hamun,bikin org Islamlen malu jek

ble org BN pki kopiah,disuruh bukk..ble masa kopiah tu jd pkaian rasmi org PAS..

Kadang2 jd risau ble tgk ketaksuban mereka thadap Nik Aziz...almaklumla,puak syiah tbtuk kerana ketaksuban mereka kpd saidina Ali kn..hurm..wallahuallam

btw,mitk kebenaran tok link kn this blog kt my blog k??

revolusi pedang srikandi said...

salam 30069...terima kasih di atas sokongan saudara...semoga ukhuwah perjuangan kita semakin teguh..

salam kluang..
ye tak ye jugak....

salam amin baek
terima kasih kerana sudi linkkan blog ana ke blog anta...

revolusi pedang srikandi said...

salam 30069...terima kasih di atas sokongan saudara...semoga ukhuwah perjuangan kita semakin teguh..

salam kluang..
ye tak ye jugak....

salam amin baek
terima kasih kerana sudi linkkan blog ana ke blog anta...

Baginda Reformasi said...

RPS: salam ziarah...
baginda: salam ziarah jua...

RPS: ana memang tak puas hati dengan segala bahasa yang digunakan oleh puak anony mahupun penyokong pembangkang ni...
baginda: adakah anda berpuashati dengan komen2 dan bahasa2 dari PUAK PENDOKONG UMNO? nak contoh? salah satu PARPUKARI BLOG dan PERAKBANGKIT... kalau PENDOKONG takpe ek?


RPS: kalau benarlah anda berpandukan Al-Quran dan Sunnah Rasul, insya Allah anda tidak akan berkelakuan sedemikian..
baginda: bersangkut dengan persoalan diatas... jika jawapan anda ialah PUAK PENDOKONG KERAjaan takpe menggunakan bahasa memaki hamun lah kan ialah sebab PUAK KERAjaan nih lgsung tak berniat nak berdakwah dan anda sendiri mengakui puak pembangkang nih berdakwah cuma tak elok sebab guna bahasa yg tak sesuai... adakah ini sebabnye PUAK KERAjaan takpe gune bahasa yg anda tak suka?

RPS: macam mana nak berdakwah sekiranya Islam dizahirkan sebagai pengganas sehingga perempuan pun nak dilukakan..semasa perperangan di zaman nabi pun golongan tua,kanak-kanak dan wanita tidak dicederakan malah diselamatkan..nampaknya puak penyokong PAS ni dah melangkaui hak NABI..
baginda: wah anda taksub mempertikaikan... bagus saya tak marah cuma baginda nak tanya anda dpt cerita dari TV3 ke? hahaha anda tau sume perkara..? Sy pun tengok TV3 semalam... anda bukak blog PERISIK-RAKYAT... serta dengan gambar sekali perempuan dari mana yg kena baling batu sebenarnye dan siapa yg baling sebenarnya... sudah2lah terpedaya dengan TV3... :)

yang selebih ada masa baginda comment... peace... ayat tu da betul dah... link perisik rakyat yg sesuai anda lihat..
http://perisik-rakyat.com/2009/07/n-41-manek-urai-berita-yang-media.html

buka minda beri peluang pada akal untuk berfikir...

tahniah umngok kerna dapat tarik undi... :) walaupun dengan cara merasuah jambatan.... tapi kalah takdelah jambatan ye...

Aziz A'zmi said...

saya tertarik dengan kenyataan sdr bahawa kain kafan bndera pas bukan jaminan seseorang itu terhindar daripada dijilat api neraka...
hehhee...sinis dan menusuk jiwa..

klu kita imbas ketika ADUN manek urai meninggal dunia dahulu, kerandanya dipayungkan dengan payung pas...

soal mati dan pengurusan jenazah pun masih ada elemen politik kepartian...mereka terlalu taksub dengan parti yang berimejkan keislaman kononnya memperjuangkan agama...apa komen sdr?

najamarine said...

salam saudara,

memang dah di terapkan dalam setiap ceramah mereka untuk mencarut,memaki hamun,menghina sesama islam..sesama sandara sendiri..tapi boleh pulak cium molot dengan kafir yg terang2 menolak islam..

mengguna mahasiswa dan mahasiswi untuk berkempen oleh parti PAS dan PEMBANGKANG dah bermula sejak azali lagi..saya masih ingat student2 UM,UTM datang ke rumah semasa saya masih di zaman persekolahan tujuan berkempen untuk parti pembangkang..
soalan ibu mudah sahaja,sehingga ke hari ni masih berlegar dalam kepala saya..'yakinkah kamu jika kita menukar kerajaan yg ada sekarang keadaan akan bertambah baik??'..mereka hanya menjawab'yang itu belakang cerita,yang penting mencuba dulu'...dengan slumber ibu menjawab..'kerajaan bukan untuk di cuba-cuba,jika di lihat sesuatu parti politik itu tidak mampu memerintah kenapa harus di beri peluang'..kemudian mereka beransur pulang tanpa berkata apa2...

demi ALLAH ini adalah kisah benar..

revolusi pedang srikandi said...

salam ziarah kepada sahabat ana aziz a'zmi dan najamarine..terima kasih di atas sokongan anda..teruskan perjuangan...kita akan membawa angin perubahan..

salam ziarah juga kepada baginda reformasi..
ana berterima kasih di atas respon yang sangat memberangsangkan dari saudara..ana cuma memperkatakan apa yang ana perhatikan..anda selalu memberikan pendapat tentang kerajaan kan?Jadi tak salah bagi ana melakukan perkara yang sama kepada pihak yang sebaliknya...tapi nampak gayanya anda tersentap pulak dengan artikel ana, jadi ana mintak maaf lah ya...tapi itulah kenyataannya...ana tak kisah kalau anda nak kutuk UMNO atau BN..memang anda selalu buat pun..tapi ingat PAS pun bukan baik sangat..tiada pimpinan terbaik selain RAsulullah kerana Rasulullah tidak mewujudkan parti PAS,Rasulullah tidak pernah mencaci, memaki memfitnah dan mencarut di dalam ceramahnya..pimpinan PAS bukannya maksum pun untuk diagung-agungkan..mereka hanya manusia biasa seperti kita semua..Ana tak takutkan PAS tetapi ana taktkan ALLAH dan harapkan syafaat RAsulullah..
Pasal di Manek Urai..Alhamdulillah..PAS hanya menang tipis walaupun di kubu kuat sendiri..terkejut????Rakyat sudah pandai berfikir saudara...Rasuah Jambatan???No No...telah terbukti penduduk Manek Urai lebih bijak dari anda kerana mereka tahu itu untuk kebaikan mereka maka mereka bangkit menyebabkan PAS hanya menang tipis...maaf ya kalau ada terkasar bahasa dan tersalah kata ..

Perjuangan Bangsa said...

kepada Baginda, anda mengaku anda baik? anda mengaku anda bebas dosa? anda mengaku anda tidak berkata kotor ?

kalau beran katakan lah, manusia itu semua sama tak lepas dari buat dosa mahupun salah. (jgn pulak anda putar belit saya masukkan sekali nabi dan ahlulbait)

Baik UMNO baik PAS, dua2 sama tak ada beza, hanya parti bukan agama. Kalau anda tidak sokong seklaipun jgn anda kutuk sedemikina rupa.

Kalau anda tidak sokong, anda zahirkan dengan ayat yang membina, ayat yang lahir dari orang yang berilmu.