Sunday, July 12, 2009

pemimpin yang adil lagi bijaksana?????ADIL???

salam ziarah...ana ingin mengajak sahabat pembaca berfikir tentang KHALID IBRAHIM AL-SEDUTI ( dipinjam dari davillage..)Memandangkan KHALID ni berdiri di atas tiket keADILan, maka ana ingin mengajak sahabat-sahabat sekalian berfikir adakah KHALID in betul-betul ADIL. Setelah KHALID berlaku dengan ADILnya terhadap peruntukan kandang babi yang bernilai 100 juta..kemudian isu peruntukan rumah ibadat bukan Islam sebanyak 8 juta dan sekarang kita lihat betapa ADILnya KHALID menangani isu pendidikan di Selangor.

Disini ana melampirkan bilangan dan peratusan sekolah di Selangor.

JENIS SEKOLAH

SAR/SRA/KAFA

SRJK (C)

SRJK (T)

BILANGAN SEKOLAH/ PERATUSAN (%)

498 (70.8%)

108 (15.4%)

97 (13.8%)

BILANGAN PELAJAR /

PERATUSAN (%)

212,000 (59%)

115,000 (32%)

35,000 (9%)


Jika kita melihat dari peratusan diatas secara logik akal manusia yang waras kita akan berpendapat setiap sumbangan atau bantuan pelajaran harus mengikut bilangan murid barulah ia dikatakan adil & saksama, Maka sumbangan RM 12 juta tidak seharusnya dibahagi secara purata iaitu RM 4 juta setiap kaum. Kalau dilihat jumlah murid di SAR/ SRA lebih ramai berbanding di SJK(T) dan SJK (C). Seperti yang ana telah katakan pembahagian seharusnya diberikan mengikut bilangan pelajar atau murid. Semakin ramai murid semakin tinggilah kos penyelengaraannya.

Sedar atau tidak perkara ini amat merugikan Bangsa Melayu Beragama Islam. Ana percaya jika dasar ini terus dilaksanakan hasrat menyatupadukan rakyat Malaysia tidak akan tercapai. Jika ini terus berlaku di bawah pimpinan KHALID, maka penindasan dan penganiyaan sebenarnya telah berlaku di SELANGOR selama ini kerana tidak memberi hak sepatutnya kepada yang berhak menerimanya.Allah dengan kerasnya telah berfirman di dalam Surah An-Nisa ayat 30 yang bermaksud :

" Dan barangsiapa berbuat demikian, dengan melanggar hak dan aniaya, maka Kami kelak akan memasukkannya ke dalam neraka.Yang demkian iu lebih mudah bagi Allah"

Satu lagi persoalan, adakah Parti PAS di Selangor telah lupa akan ayat yang ALLAH turunkan ini dengan berdiam diri terhadap apa saja yang dilakukan oleh KHALID terhadap bangsa Melayu amnya, ISLAM khususnya?????

1 comment:

hilbertmontell said...

Salam RPS,

Sebenar-benarnya PAS tidak berjuang untuk agama Islam. Perjuangan PAS adalah untuk membantu DAP menghancurkan Islam dan orang Melayu. Itulah hakikat yang sebenarnya.

PKR pulak taruh perkataan "KeADILan" untuk parti mereka hanya sekadar untuk memperdayakan rakyat. Hakikatnya ialah PKR sudah menipu rakyat dan sama juga dengan PAS, mereka sama-sama membantu DAP untuk menidakkan hak kaum Bumiputera atau Peribumi di negara ini.

Jika ketiga-tiga parti ini kelak menjadi kerajaan, negara kita akan berpecah belah...Malaysia hanya akan tinggal nama dalam sejarah. Percayalah, itu pasti.