Wednesday, July 22, 2009

Siasatan tentang KES TEOH..

salam ziarah...aduh..lama rasanya ana dah tak update blog..maaf ye...sibuk sket..
hurm...berbalik pasal kisah kematian TEOH ni...Lima ahli keluarga TEOH BENG HOCK, termasuk tunangnya dipanggil untuk memberi keterangan IPD Kajang, jam 3 petang tadi..
Hurm...ana rasa tak lama lagi terdedahlah segala rahsia yang tersimpan....apakah makna semua ini???Fikir-fikirkanlah..
Kita mungkin boleh bersembunyi dari manusia..tetapi tidak dengan ALLAH...

Friday, July 17, 2009

Risau nya....Selangor apa nak jadi..PAS berdiam diri...

Salam Ziarah..
ana risau lah dengan apa yang berlaku di Selangor..macam-macam bala dah datang...bermula dari kepincangan pimpinan Khalid dan sekarang ni Setiausaha Sulit Exco DAP pulak meninggalkan dunia ini.

Apa yang ana risaukan ialah...semakin kita hampir kepada perkara sebenarnya yang berlaku di Selangor..telah ada yang menjadi korban..nyawa pulak tu. Kita tengok siapa pulak yang menyusul mendiang selepas ni kerana memberi maklumat tentang majikannya.

Khalid....anda di mana? Kenapa berdiam diri? Bukankah mereka sahabat anda? Belum hilang kisah kongsi gelap di Selangor...kematian ala-ala gangster pulak berlaku di Selangor. Mungkinkah ada di kalangan pemimpin di Selangor bimbang rahsianya terbongkar? Kemudian dengan sewenang-wenangnya melemparkan tuduhan kepada UMNO, BN dan SPRM.

PAS, di manakah setiakawan anda? Bukankah anda ada ilmu agama yang mendalam? Bukankah DAP sahabat anda yang sedang dalam kesusahan? Kenapa tak buat solat hajat untuk mencari kebenaran tentang kes Mendiang Teo? Adakah solat hajat hanya dilakukan untuk mencari kesalahan UMNO atau BN? Adakah solat hajat hanya dilakukan untuk menang pilihanraya saja?

Sebelum terlupa, buatlah solat hajat agar ANWAR dibebaskan dari tuduhan liwat..Sampai sekarang PAS takpulak heboh-heboh nak buat solat hajat..

HAnya satu jawapan kepada persoalan ana ini....iaitu....PAS memang tahu ALLAH tidak akan memakbulkan doa orang yang membela orang yang sememangnya bersalah.....Firman Allah di dalam Surah Huud ayat 20 yang bermaksud :
" Orang-orang itu tdak mampu menghalangi Allah untuk (mengazab mereka) di bumi ini. dan sekali-kali tidak adalah penolong bagi mereka selain Allah. Siksaan itu dilpat gandakan kepada mereka. Mereka selalu tidak dapat mendengar ( kebenaran) dan mereka selalu tidak dapat melihatnya"

KES BUNUH?Belum apa2 dah FiTnAh....

Ana rasa pelik...kenapalah kes Pegawai Khas Exco DAP masih lagi dalam siasatan tetapi PAS dan PKR sibuk-sibuk salahkan UMNO dan SPRM. Begitu juga dengan segelintir pengomen dan blogger PRO Pembangkang..(malas nak panggil PAKATAN RAKYATbukannya nak menyatukan rakyat malah memecah belahkan umat)

SATU sikap yang merosakkan persaudaraan dan perpaduan umat Islam ialah `suka membawa mulut', mereka-reka serta menambah cerita buruk, malah melaga-lagakan orang se hingga kisah yang pendek menjadi panjang.Ia juga disebut menabur fitnah atau `namimah' iaitu men ceritakan keburukan orang di khalayak ramai dengan tujuan menimbulkan kebencian dan permusuhan terhadapnya.

Kesan daripada perbuatan itu bukan hanya merugikan seorang dua, malah menyebabkan hilangnya perasaan kasih sayang, hormat dan kepercayaan di kalangan masyarakat, sehingga runtuh segala sendi kebahagiaan hidup bermasyarakat. Sikap seperti itu sangat tercela. Ia satu daripada perbuatan dosa besar yang akan mendapat ancaman seksa amat berat di hari pembalasan kelak.Antara faktor yang menimbulkan fitnah ialah dorongan perasaan iri hati atau dengki terhadap orang lain, ditambah kekurangan iman dan tiada kefahaman mengenai larangan dan kemurkaan Allah, malah hati dan jiwa seseorang yang kotor, lemah tahap pemikirannya dan sukar menerima kebenaran.

"Adapun orang yang berpenyakit dalam hati mereka, maka surah itu menambahkan kekotoran pada kekotoran yang sedia ada pada mereka; dan mereka mati, sedang mereka berkeadaan kafir." (at-Taubah:125)

Faktor lain yang mendesak seseorang melakukan fitnah kepada saudaranya ialah kerana ingin mendapatkan kuasa, pengaruh serta kepercayaan orang terhadap diri dan dak waannya, malah ingin menunjukkan dirinya seorang yang lebih baik daripada saudaranya itu. Islam menasihati umatnya agar melindungi rahsia saudaranya, bukan sengaja mencari kelemahan dan membuka aibnya kepada khalayak, kerana dengan tindakan itu boleh menjatuhkan maruahnya.

Rasulullah s.a.w menegaskan, menyelidiki rahsia dan memfitnah orang lain yang baik, termasuk ciri orang munafik yang mengaku beriman dengan lidahnya, sedangkan hatinya benci. Mereka di hari kiamat akan dibebani dengan dosa besar di depan Allah.

Orang yang menyebarkan fitnah nanti di dalam kubur akan diseksa Allah. Perkara ini dapat dibuktikan melalui kisah yang diceritakan Rasulullah s.a.w. Suatu ketika Rasulullah s.a.w melalui dua kubur lalu baginda bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya penghuni dua kubur ini diseksa. Keduanya tidak diseksa kerana dosa besar. Adapun seorang daripadanya tidak bersuci daripada kencingnya dan yang satu lagi suka memfitnah. Kemudian Rasulullah s.a.w mengambil pelepah kurma yang basah dan memotong dua, lalu dipacakkan pada kedua-dua kubur terbabit sambil berdoa: "Semoga Allah meringankan seksaan atas keduanya."

Allah tidak membenarkan perkara keji, berita palsu berkembang dalam masyarakat Islam, lebih-lebih lagi jika ia membabitkan kehormatan dan maruah seseorang. Orang yang suka mengadu domba tidak akan masuk syurga, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Tidak masuk syurga orang yang suka mengadu domba."

Sebagai Muslim, sepatutnya masing-masing menghayati pengertian terhadap `Islam' yang dianuti dan dijadikan cara hidup, iaituk kesejahteraan. Perbuatan menabur fitnah sebenarnya lebih kejam daripada membunuh, kerana kesan kerosakannya lebih teruk. Jika dengan membunuh, walaupun ia tetap salah, tetapi mangsanya mungkin seorang, tetapi dengan fitnah mungkin mengakibatkan ramai orang dan kesannya berentetan sehingga bertahun-tahun.

Oleh yang demikian jelas kepada umat Islam, apabila menerima sesuatu berita hendaklah terlebih dulu diselidiki, lebih-lebih lagi berita yang menyentuh kehormatan seseorang, kerana mungkin dengan penyelidikan itu dapat mengetahui lebih jelas perkara terbabit, sama ada benar atau palsu.

"Wahai orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang yang fasik membawa sesuatu berita,maka selidikilah kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada kaum dengan sebab kejahilan kamu sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu lakukan." (al-Hujuraat:6)

Takkan ulama PAS dan ilmuan PKR tak tahu perkara ni...Jadi adakah PAS dan PKR mahu tergolong dalam golongan yang disebut di atas...pengomen2 lain dan juga blogger PRO PEMBANGKANG????

Tuesday, July 14, 2009

Sedih dan terkilan..



salam ziarah...
ana memang tak puas hati dengan segala bahasa yang digunakan oleh puak anony mahupun penyokong pembangkang ni...kalau benarlah anda berpandukan Al-Quran dan Sunnah Rasul, insya Allah anda tidak akan berkelakuan sedemikian...macam mana nak berdakwah sekiranya Islam dizahirkan sebagai pengganas sehingga perempuan pun nak dilukakan..semasa perperangan di zaman nabi pun golongan tua,kanak-kanak dan wanita tidak dicederakan malah diselamatkan..nampaknya puak penyokong PAS ni dah melangkaui hak NABI..

PAS hanya lah sebuah parti politik dan bukannya jaminan untuk masuk syurga.Jaminan untuk masuk syurga adalah bila kita melakukan suruhan Allah dan meninggalkan larangannya.Menyokong PAS tidak termasuk dalam RUKUN IMAN dan juga RUKUN ISLAM..dalam RUKUN SOLAT pun tiada apatah lagi RUKUN PUASA..ana cabar keluarkan ayat Al-Quran yang mengatakan jaminan masuk syurga kepada mereka yang mengundi PAS..Dalam Surah An-Nisa' ayat 124 Allah telah berfirman yang bermaksud :

" Barangsiapa yang mengerjakan amal-amal soleh, baik lelaki mahupun perempuan sedang ia orang-orang yang beriman maka mereka itu akan dimasukkan ke dalam syurga dan mereka tidak akan dianiaya sedikit pun".

Perkataan BARANGSIAPA YANG MNGERJAKAN AMAL SOLEH....itu merujuk kepada semua golongan bukan hanya penyokong PAS sahaja ya...jadi tak kira dari parti mana pun..amalannya tetap akan diterima oleh ALLAH...dan Allah telah berfirman di dalam Surah Yunus ayat 27 yang bermaksud :

"Dan orang-orang yang mengerjakan kejahatan mendapat balasan yang setimpal dan mereka ditutupi oleh kehinaan. Tidak ada bagi mereka seorang pelindung pun dari azab Allah, seakan-akan muka mereka ditutupi dengan kepingan malam yang gelap gulita. Mereka itulah penghuni neraka, dan mereka kekal di dalamnya"

Ayat DAN ORANG_ORANG YANG MENGERJAKAN KEJAHATAN itu pun merujuk kepada semua golongan manusia yang melakukan kejahatan dan bukannya yang tidak menyokong PAS..so kalau anda taksub dengan PAS sekali pun...jika buat dosa,menghina sesama ISLAM anda akan tetap akan mendapat balasan dari dosa yang telah anda lakukan.Jangan sewenang-wenangnya mengukur iman seseorang...jika Allah takdirkan matinya seseorang itu dalam IMAN lambang PAS bukan jaminannya dan jika ANDA DITAKDIRKAN MATI DALAM KUFUR walau dikafankan dengan bendera PAS sekali pun ianya bukanlah penghalang untuk api neraka menjilat tubuh anda...walau batu nisan anda ada ganbar NIK AZIZ sekalipun bukan jaminan untuk Malaikat MAlik senyum kepada anda di dalam neraka...TAKBIR!!!!!ALLAHHU AKBAR!!!!!!!

Monday, July 13, 2009

KHALID DI MANA??



Marilah kita mencari di manakah KHALID IBRAHIM......

Sunday, July 12, 2009

pemimpin yang adil lagi bijaksana?????ADIL???

salam ziarah...ana ingin mengajak sahabat pembaca berfikir tentang KHALID IBRAHIM AL-SEDUTI ( dipinjam dari davillage..)Memandangkan KHALID ni berdiri di atas tiket keADILan, maka ana ingin mengajak sahabat-sahabat sekalian berfikir adakah KHALID in betul-betul ADIL. Setelah KHALID berlaku dengan ADILnya terhadap peruntukan kandang babi yang bernilai 100 juta..kemudian isu peruntukan rumah ibadat bukan Islam sebanyak 8 juta dan sekarang kita lihat betapa ADILnya KHALID menangani isu pendidikan di Selangor.

Disini ana melampirkan bilangan dan peratusan sekolah di Selangor.

JENIS SEKOLAH

SAR/SRA/KAFA

SRJK (C)

SRJK (T)

BILANGAN SEKOLAH/ PERATUSAN (%)

498 (70.8%)

108 (15.4%)

97 (13.8%)

BILANGAN PELAJAR /

PERATUSAN (%)

212,000 (59%)

115,000 (32%)

35,000 (9%)


Jika kita melihat dari peratusan diatas secara logik akal manusia yang waras kita akan berpendapat setiap sumbangan atau bantuan pelajaran harus mengikut bilangan murid barulah ia dikatakan adil & saksama, Maka sumbangan RM 12 juta tidak seharusnya dibahagi secara purata iaitu RM 4 juta setiap kaum. Kalau dilihat jumlah murid di SAR/ SRA lebih ramai berbanding di SJK(T) dan SJK (C). Seperti yang ana telah katakan pembahagian seharusnya diberikan mengikut bilangan pelajar atau murid. Semakin ramai murid semakin tinggilah kos penyelengaraannya.

Sedar atau tidak perkara ini amat merugikan Bangsa Melayu Beragama Islam. Ana percaya jika dasar ini terus dilaksanakan hasrat menyatupadukan rakyat Malaysia tidak akan tercapai. Jika ini terus berlaku di bawah pimpinan KHALID, maka penindasan dan penganiyaan sebenarnya telah berlaku di SELANGOR selama ini kerana tidak memberi hak sepatutnya kepada yang berhak menerimanya.Allah dengan kerasnya telah berfirman di dalam Surah An-Nisa ayat 30 yang bermaksud :

" Dan barangsiapa berbuat demikian, dengan melanggar hak dan aniaya, maka Kami kelak akan memasukkannya ke dalam neraka.Yang demkian iu lebih mudah bagi Allah"

Satu lagi persoalan, adakah Parti PAS di Selangor telah lupa akan ayat yang ALLAH turunkan ini dengan berdiam diri terhadap apa saja yang dilakukan oleh KHALID terhadap bangsa Melayu amnya, ISLAM khususnya?????

Saturday, July 11, 2009

Beginikah sikap ahli agama?????

Dalam Malaysiakini bertarikh 11 Julai 2009, Hadi telah bersikap melampau menghina penduduk Batang Ai, SARAWAK dengan mengatakan "Semua pilihanraya kecil sebelum ini keputusannya memihak kepada kita. Cuma di Batang Ai sahaja kita kalah sebab mereka ini tidak reti undi, pakai cawat lagi. Saya bukan nak hina tetapi tempat yang pakai molek,undi PAS," katanya.."
Aduh..beginikah sikap seorang ulama yang menyebarkan dakwah Islamiah..Adakah kerana penduduk Sarawak tidak memilih pakatan pembangkang maka hinaan seperti ini dilemparkan kepada mereka??? Adakah begini sikap PAS...tidak bersama mereka terus dihina..Adakah Hadi tidak sedar bahawa Rasulullah sendiri tidak pernah menghina orang yang tidak mengikuti ajarannya.Malah Rasululah sendiri menyuapkan makanan kepada seorang buta yang walaupun diketahui oleh Rasulullah si buta itu selalu mencaci dirinya.
PAS...usah mendakwa diri mengikut sunnah Nabi jika adab sendiri tidak dijaga. Seorang daei yang baik dan ikhlas tidak akan pernah marah walaupun dihina oleh musuhnya..ini tidak...malah NIK AZIZ pun pernah mencarut...
Kalau beginilah sikap PAS maka tidak hairanlah kenapa wakil PAS di Sarawak menangis kerana tiada sambutan terhadap PAS di Sarawak..dan ternyata HADI belum pernah menjejak kan kaki ke Sarawak kerana wakil PAS di Sarawak pernah merayu agar pimpinan pusat PAS datang melawat Sarawak..Entah-entah HADI sendiri belum pernah naik kapal terbang kecuali untuk menunaikan haji....Penduduk Batang Ai yang dikatakan pakai cawat tu dah boring naik kapal terbang tau...entah-entah kalau tuai rumah menjadi calon PAS di MAnik URai mereka boleh jadi calon yang lebih baik kerana mereka bukan setakat jual ikan malah lebih dari itu..malah keuntungan mereka lebih banyak dari calon PAS di Manik Urai...dan sebenarnya HADI telah menghina semua orang yang tidak mengundi PAS termasuk di semenanjung Malaysia.

Selangor Muflis????Khalid kaya...Singapor ketawa..ANWAR berjaya

salam ziarah..ana tak rasa terkejut dan juga tidak berasa hairan dengan apa yang telah berlaku di Selangor di bawah pemerintahan KHALID IBRAHIM ( PKR).Nampak gayanya Selangor akan merasa jugak untuk menjadi seperti Kelantan. Pembangunan yang lambat sebab duit dah tak ada...masuk dalam kocek KHALID...oh..mungkin KHALID sedang mengumpul dana untuk membantu ANWAR membina kehidupan baru di luar negara..ataupun KHALID sedang mengumpul dana untuk membayar ikat jamin ANWAR untuk perbicaraan yang akan berlangsung nanti...sebab dana belum cukup..maka KHALID memberitahu kepada ANWAR untuk berusaha mencari alasan agar perbicaraan ditangguhkan...ataupun..mungkin KHALID sedar bahawa penyokong PKR alias ANWAR telah berkurangan maka dana diperlukan untuk membayar pelakon upahan agar berkumpul di luar mahkamah bagi menyokong ANWAR..ataupun...KHALID nak cari kos pengangkutan bagi membawa penyokong upahan dari luar Selangor untuk hadir ketika perbicaraan nanti...oh tidak....
Dan kita juga akan melihat sedikit demi sedikit syarikat bumiputera akan berkubr tanpa nisan kerana tiada ruang untuk bernafas kerana semuanya telah diserahkan kepada syarikat luar terutamanya Singapura.
KHALID dan ANWAR ni memang sekepala..segala tindak tanduk mereka menrosakkan Melayu malah menggadaikan maruah bangsa, negara dan agama. Sebagaimana ANWAR membuka ruang untuk zionis meresapi Malaysia, KHALOD memberi ruang untuk Singapura meresapi Selangor dan akhirnya rakyat Selangor akan merempat di negeri sendiri.Salah siapa????salah orang yang memberi ruang dan peluang kepada mereka untuk berdiri dengan gahnya.

Thursday, July 9, 2009

Khalid Ibrahim murah hati?????


Ana agak terkejut dengan isu Khalid Ibrahim ni. Ana rasa, semakin hari semakin banyak yang ana dengar tentang KI ni.Rupenye dalam "baik-baik" dia ni..sama je macam ANWAR IBRAHIM. Demi mendapat sokongan untuk terus memerintah Selangor, KI sanggup membelakangkan rakan-rakan seperjuangan yang lain semasa meluluskan RM8 juta untuk binaan rumah ibadah Bukan Islam. sedangkan UMNO pernah meluluskan hanya RM2 juta sahaja. .Kelulusan ini diberi tanpa berbincang dengan sesiapa pun.Kenapa???Adakah KHALID sangat terdesak untuk meraih sokongan golongan bukan Islam.Adakah ini kerana KHALID tahu orang Islam semakin hari semakin tidak menyokong perjuangan PKR yang diwakili oleh KHALID????
RM8 juta adalah satu jumlah yang sangat besar. Apa salahnya jika jumlah itu digunakan untuk kebajikan rakyat Selangor??KHALID IBRAHIM sama sahaja dengan ANWAR IBRAHIM.Sanggup melakukan apa saja untuk mendapatkan sokongan bukan Islam. Adakah ini adalah trend pemimpin pakatan pembangkang???? Jika ini dibiarkan, ana tidak hairan jika suatu hari ini Selangor akan menjadi seperti Kelantan yang kini terkenal dengan gelaran " Serambi Berhala" kerana kejayaan Nik Aziz memastikan patung-patung berdiri dengan gah-nya di negeri Kelantan.
Adakah pemimpin seperti ini yang kita harapkan untuk membela ISLAM??? Pemimpin seperti KHALID IBRAHIM dan ANWAR IBRAHIM ini adalah pemimpin yang sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapat jawatan dan kesenangan di dunia walaupun terpaksa menggadai agama, bangsa dan negara.Allah telah berfirman di dalam Surah Hud ayat 15 dan 16 yang bermaksud :
"Barangsiapa yang mengkehendaki kehidupan di dunia dan perhiasannya yang indah, nescaya Kami kan berikan kepada mereka ganjaran hasil usaha mereka di dunia dengan sempurna.Dan ganjaran mereka di dunia tidak berkurang sedikitpun."(15)
"Merekalah orang-orang yang tidak akan memperolehi suatu apa pun di Akhirat kecuali api neraka. Dan sia-sialah segala amalan yang dilakukan oleh mereka di dunia dan sia-sialah apa yang dibuatkan oleh mereka"(16)
Jika kuasa yang KHALID dan ANWAR mahu kan mereka telahpun mendapatkannya di Selangor. Tetapi ingat...segala usaha itu menjadi sia-sia kerana sanggup memperjudikan agama sendiri..
Fikir-fikirkanlah....

MANSUH PPSMI


Kenyataan Ahmad Maslan Ketua Penerangan UMNO :

Mansuh PPSMI dan tingkatkan usaha pengajaran danpembelajaran Bahasa Inggeris dengan kaedah yang diperbaiki adalah bukti kerajaan sentiasa mengkaji sesuatu dasar agar menguntungkan rakyat...Terpenting ialah dengan perubahan yang dibuat ini maka Bahasa Melayu akan sentiasa dimartabatkan dan pada ketika yang sama Bahasa Inggeris akan terus dimantapkan.BM adalah satu alat terpenting bagi perpaduan rakyat negara ini selaras dengan GAGASAN 1 Malaysia. Peranan ini mesti diteruskan.

Pengumuman ini adalah baik untuk pelajar di luar bandar mahupun pinggir bandar.UMNO Johor dari awal lagi telah tidak bersetuju dengan PPSMI..Pembangkang jangan pula kata ini atas usaha mereka kerana perubahan dasar ini adalah setelah kajian teliti dan perbincangan dilakukan oleh pelbagai pihak.

Saya juga mencadangkan agar pelajar perlu mempelajari bahasa ketiga seperti Bahasa Arab, Tamil, Perancis,Jepun dan lain-lain.ini penting untuk menjadikan bangsa kita menuju ke arah yang GLOKAL, bkan hanya boleh hebat di arena lokal tetapi boleh berjaya di pentas global.

Wednesday, July 8, 2009

Perbicaraan di Mahkamah Dunia

Hari ini sepatutnya berlangsung perbicaraan bagi Tokoh Peliwat Negara kita..ANWAR AL-Juburi..namun malangnya ANWAR lari lagi dan memohon penangguhan perbicaraannya sehingga 15 Julai 2009 dengan menggunakan surat sakit peguamnya,Sulaiman Abdullah..Asyik sakit je peguam si ANWAR ni..bala telah diturunkan kepada peguam yang terang-terang membela ANWAR a-Juburi...
ANWAR lupa, walaupun dia telah berjaya menangguhkan perbicaraan di makamah dunia tetapi apabila sampai waktunya dia diadili di Mahkamah Akhirat, segala perbuatannya akan ditayangkan dan ketika itulah penyokong-penyokong ANWAR akan menyesal sehabis-habisnya kerana tertipu dengan lakonan ANWAR di dunia.Dan ketika itulah baru ANWAR sedar SULAIMAN pun tidak akan mampu membelanya Allah telah berfirman di dalam Surah An-Nisa ayat 145 yang bermaksud:
" Sesungguhnya golongan Munafiq itu akan ditempatkan pada tingkatan neraka yang paling bawah sekali dan engkau tidak akan mendapat seseorang pun yang sanggup menjadi penolong mereka"

ANWAR telah silap membuat perhitungan dengan selalu mencari jalan mengelakkan diri. Tapi tak apa, semasa hidup di dunia ini ANWAR berusaha untuk menerima kesudahan yang hina di akhirat,an akhirnya ditempatkan di neraka jahannam yang paling bawah sekali tanpa kawan tanpa teman dan tanpa penolong-penolong, sedangkan semasa di dunia in dia bersahabat setia denga orang kafir.Adakah orang kafir dapat menolong ANWAR nanti???Allah berfirman di dalam SUrah An-Nisa ayat 146 tentang orang bersahabat dengan orang kafir ini yang bermaksud :
"Mereka terumbang-ambing di antara keimanan dan kekafiran. Mereka tidak termasuk dalam golngan mu'min dan tidak pula termasuk dalam golongan kafir."
ANWAR hanya takutkan hukuman di dunia di atas kesalahannya..ini baru kes liwat...belum lagi kes mempermainkan nama Allah, menggadaikan agama...banyaknya ANWAR...semua kes besar-besar.
Wahai sahabat-sahabat sekelian..terutamanya yang pro-ANWAR..terimalah kenyataan walaupun pahit..jika sayangkan diri dan ANWAR..berilah dia peluang untuk menebus kesalahannya dengan menerima hukuman di dunia terlebih dahulu. Jangan disebabkan membenci BN atau UMNO anda menolak kebenaran bahawa SAIFUL menjadi mangsa.Allah telah berfirman di dalam Surah Al-Maidah ayat 8 yang bermaksud :
"Wahai orang-orang yang beriman!Hendaklah kamu menjadi para penegak keadilan kerana Alah dan para saksi dengan adil dan janganlah sesekali perasaan benci kamu terhadap suat kaum itu mendorong kamu untuk tidak berlaku adil.Hendalah kamu berlaku adil kerana keadilan itu lebih dekat kepada taqwa dan bertaqwalah kepada Allah.Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala apa yang kamu lakukan."
Pesanan ana kepada ANWAR.terimalah ketentuan Allah bahawasanya anda perlu menerima hukuman di dunia terlebih dahulu sebelum di akhirat.Allah berfirman di dalam Surah Al-Mai'dah ayat 41 yang bermaksud :
" Jika hukum ini diberikan kepada kamu, maka hendaklah kamu terima dan jika kamu tidak menerma hukuman ini, maka berhati-hatilah"
Fikir-fikirkanlah...

Tuesday, July 7, 2009

Kisah Hero Selangor....Hero ke?????


Salam perjuangan..
Ana ingin mengajak sahabat-sahabat supaya merenung sejenak siapakah sebenarnya Khalid Ibrahim yang dikatakan Hero Selangor ini...Hero ke???Sememangnya KI adalah hero..kerana apa ???Kerana telah berjaya menipu dan berlakon di depan rakyat Selangor yang telah tersalah mengundi KI untuk menjadi Menteri Besar Selangor..Kalau dah nama pun dari PKR...maka secara automatikya...akan meniru lagak ketuanya iaitu ANWAR IBRAHIM...nama bapak pun sama.memang betul lah tu...

Kisah Hero 1



Selepas menang dalam pilihanraya dan berjaya memerintah Selangor, Kerajaan pimpinan Khalid Ibrahim ada mengeluarkan cadangan untuk meluluskan segera projek ladang ternakan babi moden yang mengunakan teknologi dari Jerman di Ladang Tumbuk, Mukim Batu Kuala Langat Selangor. Ana melihat ini hadiah yang paling bernilai berikan selaku Menteri Besar Selangor kepada seluruh rakyat negeri Selangor yang rata-rata beragama Islam. Katanya nak membela Islam dengan kerjasama PAS..begini ke cara membela Islam...????Kenapa kerajaan negeri Selangor, pimpinan Khalib Ibrahim beria-ia benar untuk meluluskan projek ini? Adakah bekalan babi tidak mencukupi menampung keperluan bukan Islam di Selangor yang dianggarkan seramai 1.3 juta Cina dan 647,000 India kerana belum pernah dengar lagi dalam media massa bekalan babi di Selangor tidak mencukupi dimusim perayaan??Rasanya Khalid ni orang Islam...lebih baik buka pusat ternakan ayam. Ayam selalu je kehabisan stok semasa musim perayaan...oh..baru ana faham...mungkin Khalid nak jadi Hero untuk menambah keuntungan ekonomi Selangor...yelah..harga sekilo babi kan lebih mahal berbanding sekilo ayam...

Kisah Hero 2



Sahabat-sahabat tentu masih ingat kisah EXCO KERAJAAN NEGERI SELANGOR iaitu Elizabeth Wong..Time ni pun Khalid sekali lagi menjadi hero sebab berjaya mempertahankan wanita yang lemah tetapi bermoral rendah ini...Ana malu melihat gambar Eli yang tidak malu mempamerkan ****** nya itu. Akibat rasa kagumnya Khalid Ibrahim terhadap gambar tersebut menyebabkab dia tidak tergamak untuk memecat Elizabeth Wong. Malah PAS sendiri pun menyokong tindakan Khalid. Malah dengan rasa yakinnya menyatakan ini adalah perbuatan khianat untuk menjatuhkan Eli...alah...kalau ia pun..semuanya datang dari PKR sendiri terutamanya ex-boyfriend si Eli tu...Kenapa Khalid membela Eli??Adakah kerana Khalid kagum dengan keunikan Eli????


Kisah Hero 3



Jika kita merujuk kenyataan akhbar The Sun, muka surat 2. YAB Tan Sri Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar Selangor yang mempunyai kuasa penuh telah kembalikan 90% dewan serbaguna dan pusat komuniti kepada pihak berkuasa tempatan. Kenyataan akhbar menujukkan penduduk di Taman Maju Jaya dan Taman Cheras Indah telah memprotes tindakan Khalid Ibrahim menutup pusat kegiatan komuniti.

Tindakan Khalib Ibrahim menutup pusat komuniti di Pandan Perdana dengan cadangan membina "driving range" adalah amat melampau, jelas membuktikan kerajaan negeri Selangor pimpinan PKR sanggup menyusahkan rakyat demi meraih keuntungan. Persoalannya mengapa diganggu penduduk yang mahu menjalankan aktiviti kemasyarakatan bukankah itu perkara yang baik iaitu untuk menwujudkan perpaduan rakyat Malaysia selaras dengan hasrat YAB Perdana Menteri Malaysia yang mewar-warkan konsep 1Malaysia.

Kalau kita nilai perkara-perkara yang telah berlaku, kita akan dapat menilai sebenarnya mana-mana wakil rakyat dari pihak pembangkang sebenarnya tidak mengambil berat tentang kesulitan rakyat. Semuanya hanya inginkan jawatan, kuasa dan nama sahaja...Sebelum perangai ini menular...leboh baik kita sekat puak-puak ini kerana jika berlaku kesulitan semuanya adalah berpunca dari kita yang silap memilih .Allah telah berfirman di dalam Surah Ali-Imran ayat 182 yang bermaksud :
" (Azab) yang demikian itu adalah disebabkan oleh perbuatan kamu sendiri, bahkan Allah tidak akan sesekali menganiayai hamba-hamba-Nya"
Fikir-fikirkanlah....

Monday, July 6, 2009

seluar pakatan pembangkang berlubang..


Salam..
Kita lihat Pakatan Pembangkang semakin nampak kelemahan dan ketidak tulusan hati wakil rakyatnya dalam berbakti untuk rakyat.Kita lihat isu di Kampung Pala. Guan Eng dengan senang hati ingin melepaskan tanggung-jawab kepada kerajaan pusat.Negeri yang kecil itu pun tak mampu untuk ditadbir apatah lagi negara Malaysia ini. Guan Eng dan puak-puak seangkatannya hanya pandai menabur janji manis dan pandai cakap saja.Sedarlah semua,kerajaan negeri yang dipilih rakyat ini sebenarnya dah jadi kelam kabut dan selamanya akan terus sesat lagi menyesatkan.Nasib baik Nizar tak dapat balik takhta di Perak. Kalau tak, apalah yang akan terjadi. Bila dah tak mampu, baru nak serahkan kepada kerajaan pusat. Siapa kerajaan pusat???Fikir-fikirkanlah???Ana harap sahabat-sahabat pembaca blog, bukalah mata hati sahabat-sahabat semua.Siapa sebenarnya yang membela rakyat dan mampu menjadi pemerintah...dan siapa sebenarnya hanya mahu dapat kuasa dan nama sahaja.ISiapakah golongan ini???Inilah akibatnya jika amanah di abaikan maka Allah turunkan kesusahan dan kesempitan kepada mereka.Seperti firman Allah dalam Surah At-Taubah ayat 76 yang bermaksud :
"Maka setelah Allah memberi sebahagian dari kurnia-Nya, dan mereka kikir dengan kurnia itu, dan berpaling, dan mereka memanglah orang yang selalu membelakangi ( kebenaran)"

Allah Maha Mengetahui apa sebenarnya yang ada dalam hati setiap pemimpin pembangkang ini. Jika niat mereka baik, mustahil Allah menyulitkan usaha mereka..ternyata ada niat yang buruk dan semua itu telah jelas sekarang..Mereka boleh menipu rakyat tetapi tidak dengan Allah..sebagaimana firman Allah di dalah Surah At-Taubah ayat 78 yang bermaksud :

" Tidakkah mereka tahu bahawasanya Allah mengetahui rahsia dan bisikan mereka, dan bahawasanya Allah mengetahui segala yang ghaib"
Maka fikir-fikirkanlah...ternyata seluar(kepimpinan) pakatan pembangkang berlubang...

Sunday, July 5, 2009

menjelang 8 julai.

salam..
hari yang menakutkan bagi ANWAR semakin lama semakin menghampiri.Apa boleh buat..masa akan terus bergerak tanpa menunggu kita.Sebagaimana yang kita maklum, janji Allah pasti akan tiba.Setiap yang berbuat salah akan menerima hukumannya..Allah telah berfirman di dalam Surah Ali-Imran ayat 182 yang bermaksud :
" (Azab) yang demikian itu adalah disebabkan oleh perbuatan kamu sendiri, bahkan Allah tidak akan sesekali menganiayai hamba-hamba-Nya"

Sekiranya ANWAR berani melakukan sesuatu yang bertentangan dengan fitrah manusia yang normal maka ANWAR hendaklah berani menanggung akibatnya.Kenapa perlu meminta kes digugurkan?Jikalau benar-benar tidak bersalah, mohonlah bantuan dari Allah.Bukankah Allah Maha Berkuasa??Adakah kerana ANWAR tahu yang ALLAH Maha Mengetahui atas segala perbuatannya lalu ANWAR lari dari memohon bantuan ALLAH.Di sini sahabat-sahabat pembaca blog boleh fikir sendiri.

ANWAR,
Sedarlah dan ingatlah ALLAH masih sayangkan awak.Maka telah diaturkan perbicaraan ini sebagai jalan untuk awak sedar dan insaf.Mungkin dengan beradanya awak di dalam penjara awak tidak akan menggadaikan agama Allah lagi..Awak tidak akan mentaati orang kafir lagi.Firman ALLAH di dalam Surah Ali-Imran ayat 149 yang bermaksud :
"Hai orang-orang yang beriman, jika kamu mentaati orang-orang kafir itu, nescaya mereka akan mengembalikan kamu ke belakang(kepada kekafiran), lalu jadilah kamu orang yang rugi"

Ana yakin,kalau ANWAR didapati bersalah maka akan berlaku rusuhan oleh penyokong ANWAR yang fanatik.Kepada penyokong-penyokong ANWAR yang fanatik,sedarlah...anda hanya dipergunakan untuk tujuan peribadi. Jikalau anda dalam kesusahan, kecederaan atau kematian, PKR tidak akan turun membantu anda.Mereka ada doktor peribadi sendiri, pebgwal peribadi sendiri..tetapi anda???Anda hanya ada keluarga yang akan meratapi dan menyesali perbuatan buruk anda.Sebagai contoh, kisah 2 pelajar UNINERSITI MALAYA yang didakwa atas tuduhan khianat...kutipan derma terpaksa dibuat untuk membantu pelajar ini.Kenapa mesti mintak duit mahasiswa???Bukankah apa yang mereka buat berpunca dari hasutan PEMBANGKANG???KENAPA PEMBANGKANG TAK BANTU MEREKA?????
Fikir-fikirkanlah...

Thursday, July 2, 2009

Tahniah DAP...Mahasiswa Sedarlah...

ha..ha...selepas satu persatu masalah timbul di pihak pakatan pembangkang....belum sampai sebulan kuda kecil tunggangan pembangkang didakwa kerana mengkhianati Dewan Kuliah Utama Akademi Pengajian Islam, pakatan pembangkang hari ini sekali lagi digegarkan dengan tindakan DAP Kedah yang telah pun meninggalkan Kerajaan pimpinan PAS Kedah hanya disebabkan tindakan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) merobohkan pusat penyembelihan babi di Kampung Berjaya..Ana meramalkan akan ada lagi yang bakal keluar dari pakatan pembangkang ini.
Keadaan ini telah jelas menunjukkan bahawa PAS telh dipergunakan oleh DAP.Ternyata PAS telah silap memilih temn seperjuangan.Tetapi kenapa pimpinan PAS masih lagi buta mata dan hatimlah masih sanggup menjalinkan hubungan senbntal dengan DAP yang terang-ternang menolak Islam. UMNO yang Islam ditolak untuk menjalinkan kerjasama malah pernah dikafirkan.Tetapi golongan yang nyata ingin menginjak-injak agama Islam itu sendiri dijadikan sekutu yang menjadi kutu pemusnah masa depan agama.sama je dengan PKR. Sebenarnya pakatan pembangkang ini tidaklah sekuat mana.Apabila salah seorang dari mereka berada dalam kesusahan ataupun tidak mencapai matlamat yang mereka inginkan, maka pihak yang su lagi akan angkat kaki. Contohnya, dua orang mahasiswa Universiti Malaya yang menjadi keldai tunggangan pakatan pembangkang . Tiada seorang pun bapak ayam mereka turun membantu anak ayam mereka yang dalam kesusahan. Ini pun mahasiswa sekarang ini tidak dapat menilainya.Masih lagi sibuk pergi mendengar ceramah di stadium Kelana Jaya...Mahasiswa..sedarlah..pembangkang hanya mempergunakan anda..sedarlah jika anda bersama mereka anda hanya menyusahkan orang tua anda.Anda belum lagi ada keupayaan jika dikenkn tindakan malah akan membuat rayuan sedangkan pimpinan pembangkang ada berkoyan-koyan duit untuk keluar masuk mahkamah...anda???duit PTPTN?biasiswa MARA?biasiswa JPA???itupun kerajaan yang bagi kan?????You have nothing melainkan duit ak dan ayah.ingatlah dan sedarlah...

Wednesday, July 1, 2009

kenapa mahasiswa?????

salam pertemuan....tentu semua ada mendengar kisah pelajar Akademi Pengajian Islam yang ditangkap kerana perbuatan yang memalukan Universiti Malaya dengan menconteng dinding Dewan Kuliah Utama Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.Apa yang terkilan ialah kenapa pihak pembangkang tergamak menggunakan mahasiswa yang baru nak membina hidup????Adakah pihak pembangkang sudah ketandusan idea sehingga terpaksa mempergunaakan Mahasiswa untuk memuaskan nafsu politik jahat mereka???Tidakkah mereka terfikir bahawa mereka telah menganiaya mahasiswa tersebut????Dan apa yang paling menyedihkan mahasiswa terbabit adalah pengikut buta ANWAR IBRAHIM....sepatutnya ANWAR berasa malu di atas perbuatannya itu......