Tuesday, November 10, 2009

PAS ( PEDULI APA SAYA???)

salam ziarah..salam ukhuwah..
Perkahwinan atau institusi kekeluargaan adalah sesuatu yang amat bernilai dan perlu dijaga.Walau bagaimanapun tidak semua berpendapat sebegitu apabila kita lihat pada pendedahan yang dibuat baru-baru ini oleh YB Tuan Khalid Samad (Ahli Parlimen PAS, Shah Alam) yang menyatakan wujud bai'ah atau sumpah menceraikan isteri dengan talak tiga sekiranya wakil rakyat Pas ingin berhenti atau keluar dari parti, perkara ini mendatangkan pelbagai persoalan dengan parti yang selama ini memperjuangkan Agama Islam yang suci.
Ana agak sedih dengan pendedahan berani oleh YB Tuan Khalid Samad itu...bukan bersedih dengan keberaniannya tetapi bersedih dengan kenyataan yang tersembunyi di sebalik parti yang dikatakan mengamalkan ajaran Islam..Jika ini berlaku, maka akan tergadailah masa depan isteri-isteri wakil rakyat PAS. Adakah nilai sesebuah perkahwinan begitu rendah di mata rata-rata pimpinan PAS yang mengaku arif akan agama...yang bercakap tak lari dari menggunakan ayat Al-Quran..hadis...apa yang berlaku sebenarnya???? Adakah perkahwinan itu perkara kecil berbanding dengan harga sebuah parti yang sia-sia seperti PAS???
Ana selaku muslimah amat menentang penganiayaan yang dilakukan oleh pimpinan-pimpinan PAS yang bersikap sewenang-wenangnya menindas kaum wanita dengan bai'ah atau sumpah yang mengarut ini....hurm....

Monday, November 2, 2009

Dr.Asri???Apa nak jadi?Al-Wahabi??

salam ziarah..salam ukhuwah...salam perjuangan..

Terus-terang ana katakan bahawa ana semakin bimbang tentang apa yang berlaku di negara kita ini. Dulu kalimah ALLAH dipermainkan..sekarang muncul pula isu penahanan bekas mufti Perlis iaitu Dr.Mohd Asri Zainal Abidin oleh Jabatan Agama Islam Selangor ( JAIS) selepas beliau menyampaikan kuliah di sebuah kediaman di Taman Sri Ukay. Penahanan beliau berikutan dengan fahaman Wahabi yang dikatakan ada kaitan dengan beliau.

Turut berada di rumah banglo itu ialah Ahli Parlimen Ampang, Zuraidah Kamaruddin dan Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Kelang, Saari Sungib. Apa sebenarnya yang ingin disampaikan oleh mereka-mereka ini?Sebelum ini hanya pemimpin ajaran sesat sahaja yang ditahan bawah kesalahan tersebut. Terbaru Si Kahar yang mendakwa menjadi Rasul Melayu. Tapi sekarang?????

Sebelum ini blog yang aktif seperti Zamihan Al Ghari ( Pegawai JAKIM ) kerap mengkritik koroni Wahabi ini terutama Dr Asri dan isu penangkapan Dr Asri ini turut diulas oleh beliau di sini..

http://al-ghari.blogspot.com/2009/11/asri-ditangkap-jais.html

Persoalannya: Kenapa yang hadir bersama di sana dua orang YBPakatan Rakyat dari PAS dan PKR iaitu YB Saari Sungip dan Zuraidah Ismail?Adakah kenyataan beliau menyokong kalimah Allah kepada bukan Islam ( lihat di sini ) serta mengkritik tindakan JAIS yang menahan pesalah khalwat di hotel sealiran dengan Islam Liberal pimpinan dalam PKR ?

Ana teringat bahawa UIA adalah tempat 'jin wahabi' bertendang dan tidak mustahil aliran sama juga di kalangan pemimpin PKR yang berjuang atas dasar Islam Liberal yang menghalalkan apa sahaja dan adakah ini juga akan berlaku di UM kerana ada terdapat penyokong fanatik PKR di kampus perdana itu.

Barangkali inilah punca kenapa Dr Asri dilihat kerap mengkritik Kerajaan seperti isu Tugu Negara termasuk begitu biadap mengkritik Jabatan Agama Islam sebagai jabatan yang paling lembab di Malaysia ( link klik sini )

Apa yang ingin ana tekankan di sini, Wahabi yang dikaitkan dengan Dr Asri adalah fahaman menyeleweng. Ia tidak sahaja berkaitan dengan masalah Fekah bahkan turut melibatkan masalah Tauhid dan Tasawwuf.Pendek kata, ajaran ini sangat berbahaya dan memang patut Pihak Berkuasa dan Jabatan Agama menghalang ajaran sesat ini dari terus berkembang.

Jika ana nak menghuraikan satu persatu terlalu banyak kes yang telah berlaku. Cuma sebagai contoh mudah sahabat-sahabat boleh fikirkan kenapa hanya seorang yang mengajar fahaman ini dari kalangan Mufti berbanding Mufti- Mufti yang lain semasa zaman Dr Asri?

Ana merasakan tindakan tegas juga perlu dibuat terhadap tokoh Wahabi yang lain kerana mereka mengajar fahaman yang bercanggah dengan Al-Quran, Hadis serta Ijmak Ulama. Ini wajib dilakukan bagi mengelakkan lahirnya lebih ramai lagi golongan-golongan seperti ini. Jikalau perkara ini dibiarkan maka akan hancur binasalah generasi muda di masa akan datang. Dan jika itu berlaku, rasanya sudah terlambat untuk ulama PAS bertindak. sedangkan masalah dalaman pun masih bercelaru apatah lagi masalah ummah..peringatan untuk ana jugak.

Ana mengucapkan syabas kepada pihak JAIS dan semoga sesiapapun tidak kira penyokong Umno, Pas dan Pkr yang terlibat membawa fahaman songsang ini perlu ditahan dan dihalang. Satu persoalan untuk sahabat-sahabat semua...agak-agaknyalah JAIS ni pihak mana yang mengasaskannya eh?Apa yang pasti walau siapa pun mereka, mereka adalah golongan yang mempertahankan agama....betul tak?
Takbir!!!!!ALLAHHU AKHBAR!!!!

Wednesday, October 28, 2009

salam bersidang semuanya....

salam ukhuwah dan salam sejahtera..
hari ini kita sekali lagi bakal menyaksikan satu peristiwa penting yang bakal mempengaruhi corak politik di negara kita yakni sidang DUN Perak.
jika satu ketika dahulu kita menyaksikan pelbagai ragam YB -YBkita yang agak memalukan, ana berharap keadaannya berubah pada hari ini.usahlah seperti golongan yang tidak memiliki sahsiah diri dan jagalah status diri anda.
YB-YB sekelian..buktikan bahawasanya anda sememangnya berjuang untuk kepentingan rakyat dan bukannya untuk kepentingan individu tertentu semata-mata. ikutilah segala peraturan dan kawallah emosi anda. berinteraksilah secara profesional dan bukannya emosional. perbincangkanlah tentang masalah rakyat dan janganlah bersikap ala-ala gangsterisme.
Kepada mereka yang ikhlas memperjuangkan hak rakyat, teruskan perjuangan anda walaupun diprovokasi...jika bukan anda siapa lagi yang diharapkan oleh mereka????
TAKBIR!!!ALLAHHU AKBAR!!!

Wednesday, October 21, 2009

1 Malaysia vs PAS FOR ALL

salam ziarah...
ana tertarik dengan artikel dari sahabat ana Anti PKR Sarawak mengenai 1 Malaysia vs PAS FOR ALL...nampaknya gagasan yang dianjurkan oleh Perdana Menteri kita telah mampu menggegarkan keutuhan PAS yang selama ini begitu yakin akan dapat menguasai negara bersama dengan geng pakatan yang lain. Ana yakin sebenarnya ada ahli PAS telah mula percaya bahawa konsep 1 MALAYSIA mampu menarik minat rakyat pelbagai kaum dan akan dapat membantu mengukuhkan pimpinan kerajaan. Oleh yang demikian mereka terus memikirkan cara untuk menaik tarafkan Kelab Penyokong PAS di kalangan bukan ISLAM. Namun sehingga sekarang tiada keputusan dibuat. Ahli jawatankuasa PAS - juga pengerusi lajnah perpaduan nasional yang ditugaskan menyelia KPP - Mujahid Yusof setakat ini gagal dihubungi. Apa dah jadi ni???Adakah PAS sekarang sedang berfikir bagaimana cara terbaik untuk memenangi hati penyokong bukan ISLAM sedangkan pada masa yang sama kredibiliti Pimpinan PAS semakin tercalar..Susah-susah, serahkan sahaja urusan tersebut kepada DAP..

"Seorang anggota jawatankuasa pusat PAS Hashim Jasin pula berkata jawatankuasa itu kelmarin belum bersedia meminda perlembagaan untuk menguatkan lagi penyertaan bukan Islam" Hal ini dinyatakan di dalam malaysiakini dengan terang dan jelas. Ana musykil apa yang sebenarnya berlaku di dalam pimpinan PAS sekarang? Apa matlamat PAS sekarang?Adakah masih memperjuangkan ISLAM???Ana rasa tidak..kerana jika kita lihat sekarang PAS juga mengamalkan konsep " Matlamat Menghalalkan Cara" seperti tuduhan yang pernah PAS lontarkan kepada UMNO dan juga Barisan Nasional...Hurm...

Ana cabar jika masih ada yang mengatakan PAS lain dari parti politik yang lain...rasanya PAS sekarang sudah menyimpang jauh dari matlamat asalnya..salah siapa???? Fikir-fikirkanlah....



Tuesday, October 20, 2009

teruskan perjuangan...perbaiki kesilapan...

salam ziarah salam perjuangan salam mesra selamanya...
hurm..ana merindui saat untuk berbicara di ruangan ana ini sebenarnya...tetapi malangnya ana agak sedikit sibuk mendidik anak bangsa ana...walau bagaimana pun tidak bermakna ana lupa tugas ana sebagai pedang srikandi di medan siber..

Alhamdulillah...apabila menyaksikan Perhimpunan UMNO yang berlangsung baru-baru ini ana yakin kerajaan akan mampu menguasai kembali 5 buah negeri yang nasib rakyatnya bagaikan tiada siapa sudi membelanya...dengan ketegasan dan juga kesungguhan yang ada ada pada Perdana Menteri kita, Insya Allah gelombang BIRU akan gah menghempas golongan yang membuat kacau ke pantai kehampaan...hurm...

Buat rakan-rakan mahasiswa/wi bakal yang bakal menjadi tiang negara...berhati-hatilah mulai sekarang..jangan biarkan nasib yang telah menimpa rakan-rakan kita akibat terpedaya dengan momokan dari pihak sana.

Kita sendiri telah dapat melihat satu persatu tampok pimpinan pihak sana telah menjadi goyah dan bakal rebah...Oleh yang demikian kita ambillah pengajaran dan jangan sesekali mengulangi kesilapan yang sama. Alangkah kurang bijaknya kita jika melakukan kesalahan yang telah nyata dapat kita lihat sendiri kesannya. Buat pihak sana....dah sudahlah tu....kredibiliti anda ternyata sudah...kembalilah ke alam nyata....
Sahabat-sahabat seperjuangan...teruskan perjuangan kita...dan buat para pemimpin di bawah pimpinan PERDANA MENTERI kita...teruskan usaha dan jadikan pengalaman lampau sebagai pengajaran. Jika bukan anda siapa lagi yang dapat diharapkan oleh rakyat???? Jangan terleka teruskan perjuangan...perbaiki kesilapan...INSYA ALLAH kemenangan PRU akan datang menjadi milik kita..Perjuangan kita untuk ALIF, BA dan TA..Agama, Bangsa dan Tanah air..TAKBIR!!!!!




Saturday, October 17, 2009

Mungkinkah Pilihan Raya Kecil di Perlabuhan Klang

Salam rindu daripada ana buat pembaca..
maaf kerana kesibukan yang melanda membuatkan ana tidak sempat menulis perkembangan yang berlaku. Namun sejak akhir-akhir ini ana tertarik dengan beberapa isu yang dilihat berlaku dalam perntadbiran Kerajaan Selangor. Mana tidaknya ana terdengar dan terbaca mengenai penangguhan keputusan mengenai YB Badrul Hisham Abadullah seorang ni. Sekali lagi keputusan ditangguhkan semenjak Ogos 2009. Maka makin lama lah penduduk Perlabuhan menderita kerana memiliki wakil rakyat yang tidak bertanggungjawab.
Percayalah...pada firasat ana akan berlaku pilihan raya kecil di Perlabuhan Klang kelak. Rakyat Perlabuhan Klang berhak untuk mendapat wakil rakyat yang lebih baik daripada YB Badrul Hisham. Malah rasanya lebih YB Badrul Hisham ini meletakkan jawatan beliau kerana terlalu banyak perkara yang terjadi membolehkan beliau menulis surat perletakan jawatan sekaligus mengosongkan kerusi DUN Perlabuhan Klang. Dari cerita beliau ditangkap khalwat, tidak mesra rakyat dan sering menimbulkan masalah dengan rakyat sehingga isu kegagalan beliau menghadiri sidang DUN sebanyak 2 kali dengan alasan kesihatan maka lebih baik beliau mengundur diri sebelum dipecat.

Wednesday, September 16, 2009

se;amat ulangtahun sayang..

salam ziarah..
sedar tak sedar hari ini adalah hari ulangtahun yang pertama impian dan cita-cita ANWAR bin IBRAHIM. Hari ini jugaklah pada tahun 2008 menjadi bukti betapa rapuhnya janji ANWAR kepada pengikut-pengikutnya. Angan-angan kosong seorang hamba yang hanya tinggal mimpi....
jangan bimbang ANWAR....kami akan pastikan mimpi indahmu kekal menjadi mimpi agar dirimu tidak mahu bangun dari lenamu...kami tidak sekejam mana menghalang dirimu untuk bermimpi mimpi yang indah...selamat ulang tahun sayang...kekallah dikau dalam mimpi yang indah kerana kenyataan yang sebenar tidak seindah impian.