Thursday, July 9, 2009

MANSUH PPSMI


Kenyataan Ahmad Maslan Ketua Penerangan UMNO :

Mansuh PPSMI dan tingkatkan usaha pengajaran danpembelajaran Bahasa Inggeris dengan kaedah yang diperbaiki adalah bukti kerajaan sentiasa mengkaji sesuatu dasar agar menguntungkan rakyat...Terpenting ialah dengan perubahan yang dibuat ini maka Bahasa Melayu akan sentiasa dimartabatkan dan pada ketika yang sama Bahasa Inggeris akan terus dimantapkan.BM adalah satu alat terpenting bagi perpaduan rakyat negara ini selaras dengan GAGASAN 1 Malaysia. Peranan ini mesti diteruskan.

Pengumuman ini adalah baik untuk pelajar di luar bandar mahupun pinggir bandar.UMNO Johor dari awal lagi telah tidak bersetuju dengan PPSMI..Pembangkang jangan pula kata ini atas usaha mereka kerana perubahan dasar ini adalah setelah kajian teliti dan perbincangan dilakukan oleh pelbagai pihak.

Saya juga mencadangkan agar pelajar perlu mempelajari bahasa ketiga seperti Bahasa Arab, Tamil, Perancis,Jepun dan lain-lain.ini penting untuk menjadikan bangsa kita menuju ke arah yang GLOKAL, bkan hanya boleh hebat di arena lokal tetapi boleh berjaya di pentas global.

No comments: