Sunday, August 30, 2009

Salam Merdeka

salam ziarah...

tidak lama lagi negara kita akan menyambut satu tarikh yang bersejarah bagi warga Malaysia...Besar harapan ana agar kita sama-sama bersyukur dengan kurnia Ilahi iaitu anugerah kemerdekaan ini..Sekiranya kita benar-benar seorang hamba yang beriman maka kita akan menjaga nikmat kemerdekaan ini dengan sebaik mungkin..Kenapa perlu merosakkan keamanan dan kemakmuran yang ada di negara kita?Bukankah itu kufur nikmat namanya..

ana berharap juga agar pihak yang berniat hendak merosakkan kemakmuran negara Malaysia ini..sudahlah...berhentilah bermimpi....

Jika kita imbas kembali sejarah kemerdekaan negara kita...jika kita menilai pengorbanan mereka yang terdahulu..kita akan sedar sekiranya kita berada pada zaman tersebut belum pasti kita akan mampu berjuang sama ada secara fizikal atau pun mental..sedangkan sekarang pun emosi kita baru diuji sedikit kita sudah mula melenting...

Sahabat-sahabat sekelian..

jagalah apa yang telah kita ada sekarang...bukan sahaja untuk kita malah untuk generasi kita di masa akan datang....kita adalah khalifah di muka bumi ini..dipertanggung-jawabkan untuk menjaga apa yang diamanahkan di dmuka bumi ini dan bukannya untuk melakukan kerosakan...ingat-ingatlah...

Salam kemerdekaan yang ke -52....

Tuesday, August 25, 2009

Selamat Mengundi...

Alhamdulillah...akhirnya hari yang dinantikan telah pun tiba di Permatang Pasir...Besar harapan ana agar pengundi di Permatang Pasir tidak silap membuat undian dengan memangkah parti yang hanya mampu berkata-kata tapi perlaksanaannya tiada...asyik berpakat je...bukan untuk membantu rakyat tetapi untuk menyusahkan rakyat...Siapa?? Fikir-fikirlah sendiri...
Wahai pengundi Permatang Pasir...banyak perkara yang telah berlaku di Pulau Pinang menjadi bukti kegagalan pembangkang untuk mentadbir. Apa lagi yang ditunggu?
Semoga ALLAH membantu kalian....AMIN..........

Friday, August 21, 2009

Untukmu PERMATANG PASIR

Assalamualaikum....
Lamanya ana dah tak menjengah dan mencurah idea di ruangan ana...hurm...
apa pun ana tertarik untuk menyenaraikan 10 isu kempen PRK Permatang Pasir..semoga pengundi Permatang Pasir tidak silap membuat perhitungan...Kita lihat satu persatu...

1) Hasrat Perdana Menteri adalah untuk selesaikan 6 bidang utaama iaitu banteras jenayah, banteras rasuah, memperkasakan pendidikan, meningkatkan kualiti hidup, menyelesaikan prasarana asas dan memperbaiki sistem pengangkutan bertepatan dengan gagasan 1 MALAYSIA..Rakyat didahulukan , Pencapaian diutamakan...diterima baik oleh semua...Alhamdulillah...

2) Janji Timbalan Perdana Menteri untuk menjadikan Permatang Pasir ANAK EMAS Kerajaan Persekutuan jika BARISAN NASIONAL menang adalah satu peluang pettama dan terakhir yang wajar disambut baik oleh pengundi Permatang Pasir...belajarlah melalui kesilapan lalu dengan apa yang telah berlaku di Pulau Pinang...sedarlah...

3) PAS tidak dihargai oleh DAPO GUAN ENG kerana walau pun cuma ada satu kerusi di sini tetapi wakil PAS tidak dilantik menjadi Exco...jika janji baru dibuat di Permatang Pasir..macam mana???kuota 10 Exco dah penuh....siapa yang bakal disingkirkan???kerusi Cina atau dua Exco Melayu????Fikir-fikirkanlah....

4) PAS telah dberi peluang selama 3 penggal di Permatang Pasir tetapi sayangnya tiada sebarang pembangunan dilaksanakan...kalau ada pun ianya adalah yang telah dilakukan oleh BARISAN NASIONAl....maka atas dasar kebijaksanaan berilah pula peluang kepada BARISAN NASIONAL untuk memastikan permasalahan rakyat selesai...jom undi BARISAN NASSIONAL..

5) Jka rakyat Permatang PAsir "terhutang budi" dengan ANWAR....ANWAR sudah menjadi MP Permatang Pauh dan juga Ketua Pembangkang...jika BARISAN NASIONAL menang kali ini...rakyat dapat untung kerana ANWAR dah dapat....pembangunan pun dapat juga...haaa...ini barulah dikatakan politik bijaksana....

6) Inilah poeluang untuk pengundi Permatang Pasir menambah bilangan suara yang membela Islam dan Melayu dalam DUN Pulau Pinang...kita telah lihat PAS sudah tidak boleh menjadi pembela lagi kerana telah bersengkongkol dengan DAP...PKR juga hanya akan menjadi Pak Turut...dulu kita dihormati walaupun GERAKAn yang menjadi Ketua Menteri...tapi apa yang kita dapat lihat sekarang suara Melayu semakin terpinngir dan kedudukan Melayu semakin dinjak-injak...sedarlah semua..

7) Jika benarlah GUAN ENG seumpama Khalifah Umar Ibnu Aziz ( seperti yang dijaja oleh MAT SABU) dan jika dia sebenarnya faham tentang perjuangan Khalifah Umar, tentulah Guan Eng dah lama menganut Islam..ini jangakn nak menganut Islam...semakin menghina Islam adalah..kononnya pernyataan mengikut Khalifah Umar hanya kenyataan politik yang menghina martabat Khalifah Umar dan juga Islam.

8) Amar Makruf Nahi Munkar di Pulau Pinang hanya sekadar mainan politik dan kempen palsu untuk mengaburi mata rakyat bagi melindungi strategi licik DAP..apa yang pasti...judi, arak, perlacuran juga semakin bertambah..

9) Jika kita lihat..calon BARISAN NASIONAL...Rohaizat...ialah anak tempatan Permatang pauh..lulusan agama SM AGAMA AL- MASHOOR dan juga UNIVERSITI iSLAM ANTARABANGSA...profesional muda yang bersama kepimpinan UMNO membantu membela rakyat Permatang Pauh sejak tahun 1996..apa lagi yang kita nak???

10) Kita lihat pula calon Pembangkang...SALEH MAN..orang Tasek Gelugor..6 kali bertanding dalam pilihanraya..wah mantap...tapi sayang semuanya kalah...Jika kali ini SALEH MAN menang...akan timbul persoalan..ADAKAH RAKYAT PERMATANG PASIR HANYA AMBIL ORANG YANG DAH DITOLAK DI TEMPAT LAIN??? Di Penanti Mansor sebelum ini dah kalah bertanding sebanyak 3 kali...jika SALEH MAN menang kali ini..akan timbul persoalan kedua...APAKAH RAKYAT PERMATANG PASIR HANYA MENADAH KEHADIRAN ORANG LUAR YANG SUDAH TIDAK LAKU LAGI????

Maka..fikir-fikirkanlah....kita telah banyak melihat contoh kesilapan rakyat dalam mengundi pihak pembangkang telah memudaratkan mereka sendiri...takkanlah kita masih terlalu kurang bijak untuk membiarkan diri kita sekali lagi dipermainkan oleh PAKATAN PEMBANGKANG ini...Fikir-fikirkanlah..
" ALLAH TIDAK AKAN MERUBAH NASIB SESUATU KAUM MELAINKAN KAUM ITU SENDIRI MERUBAHNYA"...undian kita lahir daripada hati kita..maka ubahlah dan buanglah apa yang tidak patut di dalam hati kita dan buatlah pilihan yang bijak.....jangan bimbang...anda hanya akan masuk neraka jika amalan anda tidak cukup dan bukan kerana mengundi BARISAN NASIONAL..ALLAHHHU AKBAR!!!!

Wednesday, August 5, 2009

Khalid bela Ustaz Ronnie

salam ziarah..ana kesian melihat PAS Selangor setelah gesaan mereka untuk menukarkan portfolio Ustaz Ronnie Liu ditolak oleh Khalid. Nampak gayanya Khalid betul-betul membela Ustaz Ronnie Liu ini. Hurm....beginilah pemimpin yan membela rakyat.
Tapi sayangnya rasa kasihan ana kepada PAS telah hilang setelah mengenal pasti bahawa semua ini hanya drama picisan dari PAS Selangor. Pandai ek...ana hampir tertipu.
Khalid khalid..begitu hebatnya anda bersandiwara dan pandai mengajak orang lain bersandiwara. Entah-entah kematian Teoh pun sandiwara anda jugak.hurm...

Tuesday, August 4, 2009

kenapa mesti musuhi FRU dan POLIS ????

Ana agak terkilan dan bersetuju dengan apa yang sahabat ana manusia lemah di bumi katakan. Semasa ana berada di celah-celah kekecohan itu, ana terdengar adalah beberapa orang yang berpakaian hijau mansuhkan ISA mengatakan FRU ni kejam..tak berperikemanusiaan...dekat kedai kain JAKEL semasa berlindung di sana ada beberapa orang yang tidak diingini mengeluarkan statement yang sama.hurm....baru ana faham..begini sebenarnya taktik mereka...
Ana sengaja mengeluarkan statement " menyusahkan betul diaorang ni" merujuk kepada yang membuat kacau...then pakcik tu marahkan ana pulak..dia kata FRU dan polis yang menyusahkan mereka...fuuuhhh..pakcik ni...
Apa yang menyedihkan jugak...ana lihat sahabat-sahabat mahasiswa pun ada sama menyertai golongan ini....golongan mahasiswi ayu pun ada jugak...hurm...ana lihat semuanya muda-muda belaka...ditanya pasal ISA..ingatkan dah khatam...rupenya...jawapannya "orang yang ditangkap tanpa perbicaraan".itu je yang dia tahu..tapi berani nak campur tangan...
beginilah manusia...FRU dan POLIS dimusuhi..tetapi mereka tidak tahu sebenarnya mereka dipergunakan oleh ANWAR IBRAHIM....
Ana mengucapkan terima kasih kepada pihak peronda polis di AMPANG kerana tolong meleraikan pergaduhan...jasamu dikenang.

Sunday, August 2, 2009

1 OGOS berita gempar.....RPS dan sahabat ikut rusuhan....

salam ziarah...
setelah lama menghilang ana timbul semula...peristiwa 1 Ogos amat terkesan di hati...sebab apa???sebab ana sendiri pun dikejar dek penyembur gas pemedih mata...hee..hee...tapi Alhamdulillah...ana dapat melihat sendiri kesan daripada perbuatan tidak bertanggung-jawab penganjur perhimpunan mansuhkan ISA...bagi ana..mereka betul-betul melakukan kerosakan di muka bumi ini..kenapa ana berkata demikian????sebab kegiatan ekonomi pun terjejas..ramai orang yang tidak berkenaan terkena tempias perbuatan mereka...malah ana sendiri pun dirempuh oleh ibu-ibu yang melarikan anak mereka..sekarang rakyat KUALA LUMPUR merasai bagaimana jika dikejar dengan gas pemedih mata...tapi jika pembangkang dibenarkan memerintah Malaysia tidak mustahil rakyat KUALA LUMPUR akan merasai bagaimana nikmatnya dikejar dengan peluru dari penjajah...
Pada pemerhatian ana, tidak ramai yang tahu ISA itu apa?Nantilah...malam ni ana akan cuba uploadkan beberapa gambar di sini...iNSYA ALLAH..