Friday, July 17, 2009

KES BUNUH?Belum apa2 dah FiTnAh....

Ana rasa pelik...kenapalah kes Pegawai Khas Exco DAP masih lagi dalam siasatan tetapi PAS dan PKR sibuk-sibuk salahkan UMNO dan SPRM. Begitu juga dengan segelintir pengomen dan blogger PRO Pembangkang..(malas nak panggil PAKATAN RAKYATbukannya nak menyatukan rakyat malah memecah belahkan umat)

SATU sikap yang merosakkan persaudaraan dan perpaduan umat Islam ialah `suka membawa mulut', mereka-reka serta menambah cerita buruk, malah melaga-lagakan orang se hingga kisah yang pendek menjadi panjang.Ia juga disebut menabur fitnah atau `namimah' iaitu men ceritakan keburukan orang di khalayak ramai dengan tujuan menimbulkan kebencian dan permusuhan terhadapnya.

Kesan daripada perbuatan itu bukan hanya merugikan seorang dua, malah menyebabkan hilangnya perasaan kasih sayang, hormat dan kepercayaan di kalangan masyarakat, sehingga runtuh segala sendi kebahagiaan hidup bermasyarakat. Sikap seperti itu sangat tercela. Ia satu daripada perbuatan dosa besar yang akan mendapat ancaman seksa amat berat di hari pembalasan kelak.Antara faktor yang menimbulkan fitnah ialah dorongan perasaan iri hati atau dengki terhadap orang lain, ditambah kekurangan iman dan tiada kefahaman mengenai larangan dan kemurkaan Allah, malah hati dan jiwa seseorang yang kotor, lemah tahap pemikirannya dan sukar menerima kebenaran.

"Adapun orang yang berpenyakit dalam hati mereka, maka surah itu menambahkan kekotoran pada kekotoran yang sedia ada pada mereka; dan mereka mati, sedang mereka berkeadaan kafir." (at-Taubah:125)

Faktor lain yang mendesak seseorang melakukan fitnah kepada saudaranya ialah kerana ingin mendapatkan kuasa, pengaruh serta kepercayaan orang terhadap diri dan dak waannya, malah ingin menunjukkan dirinya seorang yang lebih baik daripada saudaranya itu. Islam menasihati umatnya agar melindungi rahsia saudaranya, bukan sengaja mencari kelemahan dan membuka aibnya kepada khalayak, kerana dengan tindakan itu boleh menjatuhkan maruahnya.

Rasulullah s.a.w menegaskan, menyelidiki rahsia dan memfitnah orang lain yang baik, termasuk ciri orang munafik yang mengaku beriman dengan lidahnya, sedangkan hatinya benci. Mereka di hari kiamat akan dibebani dengan dosa besar di depan Allah.

Orang yang menyebarkan fitnah nanti di dalam kubur akan diseksa Allah. Perkara ini dapat dibuktikan melalui kisah yang diceritakan Rasulullah s.a.w. Suatu ketika Rasulullah s.a.w melalui dua kubur lalu baginda bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya penghuni dua kubur ini diseksa. Keduanya tidak diseksa kerana dosa besar. Adapun seorang daripadanya tidak bersuci daripada kencingnya dan yang satu lagi suka memfitnah. Kemudian Rasulullah s.a.w mengambil pelepah kurma yang basah dan memotong dua, lalu dipacakkan pada kedua-dua kubur terbabit sambil berdoa: "Semoga Allah meringankan seksaan atas keduanya."

Allah tidak membenarkan perkara keji, berita palsu berkembang dalam masyarakat Islam, lebih-lebih lagi jika ia membabitkan kehormatan dan maruah seseorang. Orang yang suka mengadu domba tidak akan masuk syurga, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Tidak masuk syurga orang yang suka mengadu domba."

Sebagai Muslim, sepatutnya masing-masing menghayati pengertian terhadap `Islam' yang dianuti dan dijadikan cara hidup, iaituk kesejahteraan. Perbuatan menabur fitnah sebenarnya lebih kejam daripada membunuh, kerana kesan kerosakannya lebih teruk. Jika dengan membunuh, walaupun ia tetap salah, tetapi mangsanya mungkin seorang, tetapi dengan fitnah mungkin mengakibatkan ramai orang dan kesannya berentetan sehingga bertahun-tahun.

Oleh yang demikian jelas kepada umat Islam, apabila menerima sesuatu berita hendaklah terlebih dulu diselidiki, lebih-lebih lagi berita yang menyentuh kehormatan seseorang, kerana mungkin dengan penyelidikan itu dapat mengetahui lebih jelas perkara terbabit, sama ada benar atau palsu.

"Wahai orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang yang fasik membawa sesuatu berita,maka selidikilah kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada kaum dengan sebab kejahilan kamu sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu lakukan." (al-Hujuraat:6)

Takkan ulama PAS dan ilmuan PKR tak tahu perkara ni...Jadi adakah PAS dan PKR mahu tergolong dalam golongan yang disebut di atas...pengomen2 lain dan juga blogger PRO PEMBANGKANG????

3 comments:

hilbertmontell said...

Salam RPS,

Lihatlah, itu lah cara pakatan pembangkang. Belum apa-apa dah mengelabah.

Ingat dulu masa dalam bulan June 2008, ada seorang yang lari ke pejabat Kedutaan Turki, kononnya ada orang nak bunuh dia. Tapi sampai hari ni, tak mati-mati juga. Itu hanyalah taktik dia dan itu juga petunjuk yang dia ada buat kesalahan sebab "takut kerana salah".


Begitu juga dengan Ronnie Liu semalam, yang dia pergi ke pejabat SPRM tu pura-pura minta penjelasan pasal setia usaha politik yang "mati terjatuh atau dijatuhkan" buat apa, mengelabah semacam saja dia. Habis tu pulak mengamuk tak tentu pasal...macam dalam drama Hong Kong saja kan, brader hehehe

Yang hairannya....hmmmm kenapa pulak dia sibuk..tapi si Khalid gagap tu kuku pun tak nampak... macam berlakon saja rupa gaya Ronnie Liu kan..., brader hehehe

Jangan-jangan dia yang mengarah drama terbaru tu hehehe..babak untuk "stuntman"... gadai nyawa dengan upah yang agak besar...sign mati hehe

revolusi pedang srikandi said...

salam HM..
ye tak ya jugak ka?well kita tengokla nanti..tapi apa yang pasti..walaupun keputusan siasatan dah kuar pakatan pembangkang tetap akan salahkan UMNO, BN, SPRM dan KERAJAAN..tak percaya.tengoklah...sedangkan AGAMA pun dipolitikkan apatah lagi kematian seseorang kerana mereka menngguk di air yang keruh hasil ciptaa mereka sendiri.

Rantong said...

Kita perlu mentarbiah penyokong PKR yg membuta tuli ni. cukuplah dgn kita pesankan kpd mereka dengan ayat al-quran dibawah ini.

"Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan daripada sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu berdosa, dan janganlah kamu mengintip, mencari-cari kesalahan dan keaiban orang, dan janganlah sesetengah kamu mengumpat sesetengahnya yang lain. Apakah seseorang daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) Maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Penerima taubat lagi Maha Mengasihani. " (Al Hujurat ayat 12)

View Profile: Rantong™