Wednesday, September 16, 2009
se;amat ulangtahun sayang..
sedar tak sedar hari ini adalah hari ulangtahun yang pertama impian dan cita-cita ANWAR bin IBRAHIM. Hari ini jugaklah pada tahun 2008 menjadi bukti betapa rapuhnya janji ANWAR kepada pengikut-pengikutnya. Angan-angan kosong seorang hamba yang hanya tinggal mimpi....
jangan bimbang ANWAR....kami akan pastikan mimpi indahmu kekal menjadi mimpi agar dirimu tidak mahu bangun dari lenamu...kami tidak sekejam mana menghalang dirimu untuk bermimpi mimpi yang indah...selamat ulang tahun sayang...kekallah dikau dalam mimpi yang indah kerana kenyataan yang sebenar tidak seindah impian.
Friday, September 11, 2009
Peringatan kepada yang suka lari dan berselindung...
Allah telah berfirman di dalam Surah Az-Zumar ayat 69 dan 70 yang bermaksud:
" Bumi bercahaya dengan cahaya (keadilan) Tuhanmu dan buku ( perhitungan)diletakkan dan nabi-nabi serta saksi-saksi dihadirkan, lalu diputuskan hukuman antara mereka dengan keadilan sedang mereka tidak dizalimi (ayat 69)
Setiap orang disempurnakan ( balasan) amalan masing-masing sedang DIA lebih mengetahui apa yang mereka perbuat( 70)
Keterangan ayat : Ada orang yang berlaku zalim di atas dunia, seperti mencuri harta orang, merampas hak orang, menganiaya, menzalimi tetapi kerana tidak cukup bukti maka dia bebas dari hukuman.Adapun di akhirat, setiap orang akan dibalas menurut amalannya masing-masing, baik dibalas baik dan jahat dibalas jahat.
Maka bagi mereka yang asyik cuba lari dari hukuman dunia, mahkamah dunia dan kesalahan di dunia..ingatlah anda tidak akan pernah lepas dari hukuman ALLAH. Anda menganiaya sesama ISLAM..anda akan mendapat balasannya....Ingatlah....
Thursday, September 10, 2009
MASJID NEGARA vs KUIL NEGARA..siapa menang???
Wednesday, September 9, 2009
Selangor Darul Kuil?Sebuah Realiti atau fantasi????
Salam ziarah dan salam bermuhasabah..
Isu Kuil di Selangor sudah semakin hangat diperkatakan….kenapalah semua ini terjadi agaknya?? Sebenarnya kalau kita fikir-fikirkan, hal ini berlaku kerana rasa hormat terhadap MELAYU amnya dan ISLAM khususnya sudah tidak ada lagi…kerana apa???? Kerana ada orang MELAYU seperti ANWAR dan KHALID (kedua-duanya berbinkan IBRAHIM) sendiri yang meletakkan maruah orang MELAYU dan ISLAM di bawah telapak kaki. Dibiarkan untuk diinjak-injak… Inilah kesan dari ucapan ANWAR IBRAHIM yang berbunyi “ Malaysia ini Cina punya..India punya….jangan fikir Malaysia ini Melayu yang punya” Kenapa kita masih percayakan penggadai bangsa dan agama ini????
Sekarang ini, kuil sesuka hati hendak dibina di mana saja yang disukai…tidak kira tanah siapa?kawasan mana?hurm…kalaulah kuil dirobohkan maka akan kecohlah satu dunia mengatakan KERAJAAN ZALIM…ORANG ISLAM ZALIM….ORANG MELAYU ZALIM..padahal kalau orang orang ISLAM nak membina masjid atau surau…kebenaran perlu didapatkan dari kerajaan.
Ana berpesan kepada penduduk Seksyen 23, tak perlulah nak berjumpa ataupun meminta maaf kepada mereka ini.Ini bukan salah anda…..setitik pun bukan salah anda..Ini adalah kerana kelemahan, kepincangan KERAJAAN PENIPU RAKYAT yang kurang bijak yang tidak layak sebenarnya memegang tampuk pemerintahan. Ini adalah salah kerajaan PENIPU RAKYAT yang sanggup menggadaikan maruah bangsa dan agama demi meraih sokongan politik…malah sanggup melanggar Hak Keistimewaan Orang Melayu yang tertera dalam Perlembagaan.
Sahabat-sahabat sekelian..
Allah telah berfirman di dalam Surah Al-Anfal ayat 25 yang bermaksud : “ Dan peliharalah diri kamu dari fitnah (seksaan) yang tidak hanya menimpa orang-orang yang zalim sahaja di antara kamu dan ketahuilah bahawa amat keras seksaanNya”.
Keterangan ayat :Takutlah kamu akan ( cubaan/ bahaya) yang tidak hanya menimpa orang-orang yang zalim sahaja. Apabila kezaliman telah bermaharajalela dalam negeri dengan perbuatan pemimipin-pemimpin negeri itu misalnya maka bahaya akan menimpa semua penduduk negeri itu dan tidak berkecuali. Sebab itu jika rakyat yang ramai membiarkan sahaja pemerintah-pemerintah berbuat zalim di dalam negeri maka semua akan mendapat akibatnya.
Maka rakyat Selangor…jangan biarkan anda dalam bahaya!!!!
Tuesday, September 8, 2009
Virus menular???Selamatkan negeri anda!!!!!
Sahabat-sahabat,
Bar Council dalam satu kenyataan berkata samada Seksyen 23 Shah Alam kawasan majoriti Melayu tidak penting atau relevan. Menurut mereka lagi ia tidak boleh digunakan sebagai alasan untuk menolak pembinaan kuil.
Melalui hal ini, kita dapat melihat mereka sudah tidak memperdulikan Perkara 3 di dalam Perlembagaan Negara. Apakah yang telah berlaku????? Adakah AGAMA ISLAM sebagai agama rasmi sudah tidak diendahkan lagi????Adakah ORANG MELAYU sudah dicabul haknya???? Apa pendirian peguam ISLAM di dalam BAR COUNCIL?????Mana perginya ulama-ulama yang berdiri setia bersama ANWAR IBRAHIM ketika hak orang ISLAM di SEKSYEN 23 dipermainkan???Adakah kita ingin SELANGOR menjadi serambi kuil pulak sebagaimana KELANTAN menjadi Serambi Berhala????Sahabat-sahabat...fikir-fikirkanlah....
Bagi negeri-negeri yang bebas dari cengkaman pembangkang....seperti yang kerap ana katakan..jangan biarkan apa yang berlaku pada mreka berlaku pada kita....ambillah pengajaran..TAKBIR!!!!! ALLAHHU AKHBAR!!!!!!
Monday, September 7, 2009
KATAKAN TIDAK!!!!!!!!!!
Benarlah ada sebuah hadis yang maksudnya begini..Jika kita meminta-minta sesuatu jawatan sedangkan kita tidak layak maka kita akan dihina dengannya tetapi jika jawatan itu hak kita, maka kita akan dipermudahkan segala urusan.
Nah...hal ini telah jelas terbukti sekarang ini..dan kita dapat menilai sebenarnya siapa yang layak..siapa yang tidak layak...
Rakyat Selangor...bangkitlah dan sedarlah sekarang...jangan sampai apa yang berlaku di Pulau Pinang berlaku di tempat anda...jangan sampai tanah Selangor juga dipajak sehingga 999 tahun..jangan biarkan..
Amanah kepada anda sebagai khalifah ialah untuk menjaga segala apa yang ada di muka bumi ini. Jangan biarkan dan jangan pernah rela tangan-tangan anda menjadi salah satu faktor kerosakan di muka bumi ini. Seperti yang ana pernah katakan..u want it u get it...jika dulu anda tersilap membuat percaturan...sekarang marilah kita sama-sama men"checkmate" kan pemerintahan PAKATAN RAPUH di Selangor dan juga empat buah negeri-negeri lain yang mengalami nasib yang sama. Slogan negara berkebajikan hanya layak digelar negara berantakan jika mereka terus memerintah.
Kepada negeri-negeri lain yang masih selamat...please...please..please....kekalkan kemakmuran negeri anda...jangan biarkan diri anda di selubungi kepincangan PAKATAN RAPUH di bawah pimpinan ANWAR IBRAHIM. Pengajaran telah dapat dilihat dengan jelas...janganlah anda masih enggan menerima kebenaran yang pahit itu...
Luqmanulhakim pernah berpesan kepada anaknya..."Qullil haq walau kana muran" berkatalah yang benar walaupun ianya pahit. Maka kepada penyokong tegar PAKATAN RAPUH...mengakulah...berkatalah yang benar kerana anda tahu apa yang anda sokong itu bukannya membina tapi menghancurkan....masih belum terlambat.....Allah masih memberi ruang kepada anda untuk memperbetulkan keadaan di PRU 13...TAKBIR!!!!ALLAHHU AKHBAR!!!!!!!
Friday, September 4, 2009
u want it...u get it....
Setelah lama berdiam diri sekadar memerhati…setelah lama menyepikan diri kerana banyak urusan..akhirnya ana dapat juga mencuri ruang dan peluang untuk kembali di ruangan ini…
Hurm…..rupanya telah banyak isu menarik berlaku sepanjang ana menyepi dari ruangan blog ini…Cuma apa yang pasti, sepanjang pemerhatian ana semuanya berlaku atas kehendak pengundi sendiri. Kenapa ana berkata sedemikian??? Sebab pengundi-pengundi tersebut dengan rela hati telah membuat pilihan semasa PRU 12..tapi tidak mengapa….masih belum terlambat lagi..Allah masih sayangkan kalian dan memberi peluang kepada kalian untuk mengubah nasib kalian… “ Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri yang mengubahnya”. Ayat ini telah jelas terbukti di Selangor, Perak, Kelantan, Pulau Pinang dan negeri-negeri lain yang berada di bawah jajahan PKR, PAS dan DAP. Di Selangor contohnya…pengundi Selangor mahupun pemerintah yang mendirikan kuil, mengalakkan demonstrasi, memberi peruntukan 100 juta untuk penternakan khinzir…maka itulah yang mereka dapat..Pengundi Perak mahukan pemerintah yang hanya mengikut telunjuk bukan Melayu..maka pengundi Melayu telah merasa akibatnya suatu ketika dahulu…Pengundi di Kelantan mahukan pemerintah yang menukarkan Serambi Mekah kepada Serambi Berhala…maka Kelantan telah pun berjaya menjadi Serambi Berhala dengan berhala kedua terbesar di Asia terletak di Kelantan…dan di Pulau Pinang pula…pengundinya mahu merasakan nikmat di bawah pemerintahan Ketua Menteri yang bukan berbangsa Melayu..maka pengundi Pulau Pinang telah pun berjaya merasai nikmat dihapuskan DEB..dan banyak lagi kawasan2 lain yang sewaktu dengannya…
Maka ana menyeru kepada semua rakyat Malaysia…contoh yang jelas telah dapat dilihat..maka sempena bulan Ramadhan yang mulia ini mari kita merenung segala-gala yang telah berlaku…apa gunanya memilih sesuatu yang banyak memudaratkan kita…bukankah itu menzalimi diri sendiri namanya….Fikir-fikirkanlah…