Thursday, September 10, 2009

MASJID NEGARA vs KUIL NEGARA..siapa menang???

Salam Ziarah..
Beberapa hari yang lalu....perencanaan halus musuh Islam telah berjaya dilakukan..malah lebih memilukan lagi apabila semua ADUN PAKATAN RAKYAT di SELANGOR sekadar mendiamkan diri. Kenapa???Mana pergi kegagahan mereka???Mana pergi suara yang kononnya pembela bangsa dan agama seperti yang dikatakan blogger TakerRules95???Ke mana menghilangnya mereka???HASSAN ALI, AZMIN ALI, YAKOP SAPARI, SUHAIMI SYAFIE, DR. RANI, SAARI SUNGIB dan juga ISKANDAR SAMAD sudah hilang suara ke atau hilang penglihatan sehingga hanya pandang dan lihat sahaja.

Kini dengan rela hatinya Menteri Besar Selangor..siapa???sahabat-sahabat sendiri mengetahuinya...telah membuat keputusan yang memihak kepada kumpulan INTER FAITH COUNCIL hasil tekanan ( hasutan) sahabat-sahabatnya. Hari ini seperti yang berlaku di Kelantan (penuh dengan berhala) maka Selangor bakal mengorak langkah untuk menjadi SELANGOR DARUL KUIL kerana sebuah kuil besar berkeluasan 20 ribu kaki persegi akan dibina di kawasan 80% Melayu. Apa yang paling dikesalkan kuil ini dibina kira-kira 200 meter dari sebuah surau. Oleh itu ana cabar kerajaan SELANGOR turut mempesarkan surau ini sehingga menjadi masjid seluas paling kurang 21 ribu kaki persegi.Ada berani???
Tiga orang pejuang Melayu (kononnya) yang mengaku beragama ISLAM iaitu KHALID IBRAHIM, KHALID SAMAD dan RODZIAH memberikan hujah yang menginjak-injak Melayu apatah lagi ISLAM tanpa sekelumit pun rasa kesal di atas yang sangat kurang pandai. Mereka ini sanggup memperbodohkan rakyat dengan memberikan jawapan yang agak sampah dan cukup menyakitkan hati.
Sahabat- sahabat,
Percayalah...sekiranya IFC dapat melepasi dugaan krisis pembinaan kuil besar di Seksyen 23 Shah Alam ini MAKA KEJAYAAN INI AKAN MEMBERI MEREKA KEKUATAN UNTUK TERUS MEMBANGUNKAN SEGALA GEREJA, TOKONG mahupun KUIL yang besar di kawasan-kawasan Melayu yang lain sehingga satu hari ini masjid dan surau akan tenggelam dilitupi oleh segala macam yang mereka bangunkan seperti contoh berhala di KELANTAN.
Apa yang berlaku ini menyebabkan apa yang terkandung di dalam PERLEMBAGAAN di bawah perkara 3 akan hanya tinggal sampah jika ini dibiarkan. Mereka mentafsir dan menghuraikan apa yang terkandung dalam Perkara 3 dengan sesuka hati mereka tanpa merujuk kepada pakar undang-undang. Perbuatan mereka menghina usaha pemimpin-pemimpin terdahulu yang memasukkakn perkara ini ke dalam perlembagaan. Apa yang dimaksudkan sebenarnya ialah ialah " Hak beragama orang lain sama sekali tidak boleh disamakan dengan menjejaskan kedudukan agama ISLAM...( makna sebenarnya pernyataan " Lain-lain agama boleh diamalkan dengan aman dan damai."
Amatlah tidak harus jika hanya Melayu sahaja yang bersungguh menyokong Gagasan 1 Malaysia. Seharusnya semua pihak bertolak-ansur.1 Malaysia yang dikatakan berpaksikan Perlembagaan akan menjadi tidak bermakna jika kerajaan SELANGOR berbuat demikian. Ini hanya akan membahayakan bukan sahaja SELANGOR malah seluruh negara.
Persoalannya...adakah masih ada yang sudi mengatakan PAKATAN RAKYAT membela bangsa dan agama?????? dan jika ini dibiarkan..kita akan ada satu lagi kebanggan MALAYSIA selain MASJID NEGARA iaitu KUIL NEGARA.....

2 comments:

ISAC said...

Salam,

Pedas dan sinis jugak artikel tu.

Bunyi macam Taliban aje yang runtuhkan kuil lama kat Afghanistan aje.....

Dalam Islam kita bebas untuk mengamalkan kepercayaan masing2...Tak perlu emosional sangat...Cuma membina kuil berdekatan dengan surau/masjid tambahan pula di kawasan orang Melayu sememangnya akan mengundang perbalahan. Mintak simpang. Waliyazubillah...

Kalau Kelantan banyak kuil Budha yang besar2 Selangor pulak banyak kuil. Tapi jangan lupa Kuil terbesar dan patung terbesar kat Batu Cave dibuat masa Umno berkuasa di Selangor.

Sememangnya orang Melayu/Islam banyak beralah....Perpecahan yang berlaku sekarang akan menjadikan lebih banyak hak Melayu/Islam tergadai dek kedua2 pihak mahu memenangi hati2 orang bukan Melayu...Kepada keturunan kominis pun boleh diberikan tanah 999 tahun, sedangkan kepada perajurit2 yang terkorban...haram....

revolusi pedang srikandi said...

salam ziarah ISAC
tma kasih di atas komen..
memang betul kuil terbesar dan patung terbesar di bina semasa pemerintahan UMNO..tapi pembinaannya terhad untuk menghormati PERKARA 3 di dalam Perlembagaan dan berhala tersebut tidak bleh melebihi ketinggian kubah masjid...tapi sekarang apa yang berlaku...hurm...

999 tahun..nbr yang menarik...ya memang dan hak orang Melayu itu telah digadai kepada keturunan komunis oleh pemimpin Melayu sendiri ketika itu...zaman siapa??zaman NIZAR...