Wednesday, October 21, 2009

1 Malaysia vs PAS FOR ALL

salam ziarah...
ana tertarik dengan artikel dari sahabat ana Anti PKR Sarawak mengenai 1 Malaysia vs PAS FOR ALL...nampaknya gagasan yang dianjurkan oleh Perdana Menteri kita telah mampu menggegarkan keutuhan PAS yang selama ini begitu yakin akan dapat menguasai negara bersama dengan geng pakatan yang lain. Ana yakin sebenarnya ada ahli PAS telah mula percaya bahawa konsep 1 MALAYSIA mampu menarik minat rakyat pelbagai kaum dan akan dapat membantu mengukuhkan pimpinan kerajaan. Oleh yang demikian mereka terus memikirkan cara untuk menaik tarafkan Kelab Penyokong PAS di kalangan bukan ISLAM. Namun sehingga sekarang tiada keputusan dibuat. Ahli jawatankuasa PAS - juga pengerusi lajnah perpaduan nasional yang ditugaskan menyelia KPP - Mujahid Yusof setakat ini gagal dihubungi. Apa dah jadi ni???Adakah PAS sekarang sedang berfikir bagaimana cara terbaik untuk memenangi hati penyokong bukan ISLAM sedangkan pada masa yang sama kredibiliti Pimpinan PAS semakin tercalar..Susah-susah, serahkan sahaja urusan tersebut kepada DAP..

"Seorang anggota jawatankuasa pusat PAS Hashim Jasin pula berkata jawatankuasa itu kelmarin belum bersedia meminda perlembagaan untuk menguatkan lagi penyertaan bukan Islam" Hal ini dinyatakan di dalam malaysiakini dengan terang dan jelas. Ana musykil apa yang sebenarnya berlaku di dalam pimpinan PAS sekarang? Apa matlamat PAS sekarang?Adakah masih memperjuangkan ISLAM???Ana rasa tidak..kerana jika kita lihat sekarang PAS juga mengamalkan konsep " Matlamat Menghalalkan Cara" seperti tuduhan yang pernah PAS lontarkan kepada UMNO dan juga Barisan Nasional...Hurm...

Ana cabar jika masih ada yang mengatakan PAS lain dari parti politik yang lain...rasanya PAS sekarang sudah menyimpang jauh dari matlamat asalnya..salah siapa???? Fikir-fikirkanlah....



2 comments:

hanizam said...

aku setuju dengan komen diatas, PAS dah terlalu manyimpang dari matlamat asal....sejak bermadu dengan PKR & DAP, banyak perkara yang dulunya PAS kata UMNO @ BN tak betullah, kafirlah, tapi sekarang ni, sape yang jilat balik ape yang dicakapkan dulu...

berapa lama perkahwinan politik ini bertahan, kita tunggu & lihat sahaja...

Unknown said...

salam, ini pasal tersesat pilih motto le ni PAS For All, sudahnya, karfi harbi pun main kan ayat suci alQuran, Guna Lilin, Mogok lapar dan macam2 lagi dihalalkan.