Saturday, October 17, 2009

Mungkinkah Pilihan Raya Kecil di Perlabuhan Klang

Salam rindu daripada ana buat pembaca..
maaf kerana kesibukan yang melanda membuatkan ana tidak sempat menulis perkembangan yang berlaku. Namun sejak akhir-akhir ini ana tertarik dengan beberapa isu yang dilihat berlaku dalam perntadbiran Kerajaan Selangor. Mana tidaknya ana terdengar dan terbaca mengenai penangguhan keputusan mengenai YB Badrul Hisham Abadullah seorang ni. Sekali lagi keputusan ditangguhkan semenjak Ogos 2009. Maka makin lama lah penduduk Perlabuhan menderita kerana memiliki wakil rakyat yang tidak bertanggungjawab.
Percayalah...pada firasat ana akan berlaku pilihan raya kecil di Perlabuhan Klang kelak. Rakyat Perlabuhan Klang berhak untuk mendapat wakil rakyat yang lebih baik daripada YB Badrul Hisham. Malah rasanya lebih YB Badrul Hisham ini meletakkan jawatan beliau kerana terlalu banyak perkara yang terjadi membolehkan beliau menulis surat perletakan jawatan sekaligus mengosongkan kerusi DUN Perlabuhan Klang. Dari cerita beliau ditangkap khalwat, tidak mesra rakyat dan sering menimbulkan masalah dengan rakyat sehingga isu kegagalan beliau menghadiri sidang DUN sebanyak 2 kali dengan alasan kesihatan maka lebih baik beliau mengundur diri sebelum dipecat.

2 comments:

C L J said...

Salam Rindu RPS.

Mungkinlah mereka boleh paksakan situasi itu untuk menebus kekecewaan mereka melalui Pas di Bagan Pinang.

Tetapi kalau mereka benar benar laksanakan rancangan itu, kita akan beratur untuk beri pengajaran lanjutan yang lebih baik untuk mereka.

TOKGURU86 said...

Kalau Ana dipanjangkan umor, dan kbetulan PRK akan berlaku di Plbuhan Klang, Ana nak sgt turun ke sana untuk gempurkan UMNO.