Friday, November 5, 2010

TaHnIaH kEpAdA BN di DUN GaLaS, Kelantan dan BaTu SaPi, SaBaH

Assalamualaikum dan salam perjuangan kepada semua sahabat-sahabat ana..
Sudah lama ana tidak mencurahkan idea di laman ini...Insya Allah ana akan kembali selepas ini.

Alhamdulillah dan bersyukur kita ke hadrat Allah kerana dengan limpah kurnia-Nya BARISAN NASIONAL telah berjaya pada pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi Sabah dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, di Kelantan. Kemenangan diperolehi dengan bilangan undi yang amat menggalakkan iaitu di Galas, calon BN Abdul Aziz Yusoff menang dengan majoriti 1,190 undi selepash mendapat 5,324 undi manakala calon PAS Dr Zulkefli Mohamadmemperoleh 4,134 undi manakala Calon BN di Batu Sapi Datin Linda Tsen Thau Lin menang dengan majoriti 6,359 undi selepas meraih 9,124 undi mengalahkan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ansari Abdullah yang memperoleh 2,919 undi, sementara Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee mendapat 1,750 undi.

Apa yang patut kita sedar ialah kemenangan BN di Batu Sapi dan Galas juga menunjukkan trend perubahan ketara sokongan rakyat kepada BN apabila keputusan-keputusan peti undi menunjukkan bahawa BN bukan sahaja mendapat sokongan kuat daripada bumiputera Islam dan bukan Islam tetapi juga sokongan ketara daripada pengundi Cina dan lain-lain. Ini membuktikan bahawa rakyat telah memahami Gagasan 1 Malaysia.

Tahniah juga diucapkan kepada semua pihak yang teelah berusaha keras untuk memastikan kemenangan ini dan yang paling penting kepada semua pengundi yang telah memberikan kepercayaan kepada Barisan Nasional untuk terus memerintah. Semoga ini akan menjadi petanda baik kepada pilihan raya yang akan datang.

Pesanan penting kepada pemimpin Barisan Nasional yang telah diberi kepercayaan oleh rakyat..jangan hampakan mereka..berikanlah yang terbaik untuk mereka..Semoga usaha kita semua mendapat rahmat Maha Pencipta..Jangan lupa diri di atas kemenangan ini...perjuangan kita tidak akan pernah selesai....




No comments: