tidak lama lagi negara kita akan menyambut satu tarikh yang bersejarah bagi warga Malaysia...Besar harapan ana agar kita sama-sama bersyukur dengan kurnia Ilahi iaitu anugerah kemerdekaan ini..Sekiranya kita benar-benar seorang hamba yang beriman maka kita akan menjaga nikmat kemerdekaan ini dengan sebaik mungkin..Kenapa perlu merosakkan keamanan dan kemakmuran yang ada di negara kita?Bukankah itu kufur nikmat namanya..
ana berharap juga agar pihak yang berniat hendak merosakkan kemakmuran negara Malaysia ini..sudahlah...berhentilah bermimpi....
Jika kita imbas kembali sejarah kemerdekaan negara kita...jika kita menilai pengorbanan mereka yang terdahulu..kita akan sedar sekiranya kita berada pada zaman tersebut belum pasti kita akan mampu berjuang sama ada secara fizikal atau pun mental..sedangkan sekarang pun emosi kita baru diuji sedikit kita sudah mula melenting...
Sahabat-sahabat sekelian..
jagalah apa yang telah kita ada sekarang...bukan sahaja untuk kita malah untuk generasi kita di masa akan datang....kita adalah khalifah di muka bumi ini..dipertanggung-jawabkan untuk menjaga apa yang diamanahkan di dmuka bumi ini dan bukannya untuk melakukan kerosakan...ingat-ingatlah...
Salam kemerdekaan yang ke -52....