Tuesday, November 10, 2009

PAS ( PEDULI APA SAYA???)

salam ziarah..salam ukhuwah..
Perkahwinan atau institusi kekeluargaan adalah sesuatu yang amat bernilai dan perlu dijaga.Walau bagaimanapun tidak semua berpendapat sebegitu apabila kita lihat pada pendedahan yang dibuat baru-baru ini oleh YB Tuan Khalid Samad (Ahli Parlimen PAS, Shah Alam) yang menyatakan wujud bai'ah atau sumpah menceraikan isteri dengan talak tiga sekiranya wakil rakyat Pas ingin berhenti atau keluar dari parti, perkara ini mendatangkan pelbagai persoalan dengan parti yang selama ini memperjuangkan Agama Islam yang suci.
Ana agak sedih dengan pendedahan berani oleh YB Tuan Khalid Samad itu...bukan bersedih dengan keberaniannya tetapi bersedih dengan kenyataan yang tersembunyi di sebalik parti yang dikatakan mengamalkan ajaran Islam..Jika ini berlaku, maka akan tergadailah masa depan isteri-isteri wakil rakyat PAS. Adakah nilai sesebuah perkahwinan begitu rendah di mata rata-rata pimpinan PAS yang mengaku arif akan agama...yang bercakap tak lari dari menggunakan ayat Al-Quran..hadis...apa yang berlaku sebenarnya???? Adakah perkahwinan itu perkara kecil berbanding dengan harga sebuah parti yang sia-sia seperti PAS???
Ana selaku muslimah amat menentang penganiayaan yang dilakukan oleh pimpinan-pimpinan PAS yang bersikap sewenang-wenangnya menindas kaum wanita dengan bai'ah atau sumpah yang mengarut ini....hurm....

3 comments:

Aku,Pasbuih Dan Siamang said...

salam.
inilah politik yang diasuh oleh kapiaq harbi

Sulhairil Hafiz Bin Haji Sulaiman said...

Salam

NIK AZIZ ajar pengikut mereka cuma memahami Al-Quraan untuk kepentingan politik mereka aje....yang lain-lain peduli apa mereka

revolusi pedang srikandi said...

salam ziarah..
bersumpah untuk membersihkan nama atau sumpah menyatakan kebenaran selalu dipertikaikan...tapi sumpah yang mengarut ni disebarkan...apa nak jadi...inilah yang terjadi apabila agama dipolitikkan.