Friday, August 21, 2009

Untukmu PERMATANG PASIR

Assalamualaikum....
Lamanya ana dah tak menjengah dan mencurah idea di ruangan ana...hurm...
apa pun ana tertarik untuk menyenaraikan 10 isu kempen PRK Permatang Pasir..semoga pengundi Permatang Pasir tidak silap membuat perhitungan...Kita lihat satu persatu...

1) Hasrat Perdana Menteri adalah untuk selesaikan 6 bidang utaama iaitu banteras jenayah, banteras rasuah, memperkasakan pendidikan, meningkatkan kualiti hidup, menyelesaikan prasarana asas dan memperbaiki sistem pengangkutan bertepatan dengan gagasan 1 MALAYSIA..Rakyat didahulukan , Pencapaian diutamakan...diterima baik oleh semua...Alhamdulillah...

2) Janji Timbalan Perdana Menteri untuk menjadikan Permatang Pasir ANAK EMAS Kerajaan Persekutuan jika BARISAN NASIONAL menang adalah satu peluang pettama dan terakhir yang wajar disambut baik oleh pengundi Permatang Pasir...belajarlah melalui kesilapan lalu dengan apa yang telah berlaku di Pulau Pinang...sedarlah...

3) PAS tidak dihargai oleh DAPO GUAN ENG kerana walau pun cuma ada satu kerusi di sini tetapi wakil PAS tidak dilantik menjadi Exco...jika janji baru dibuat di Permatang Pasir..macam mana???kuota 10 Exco dah penuh....siapa yang bakal disingkirkan???kerusi Cina atau dua Exco Melayu????Fikir-fikirkanlah....

4) PAS telah dberi peluang selama 3 penggal di Permatang Pasir tetapi sayangnya tiada sebarang pembangunan dilaksanakan...kalau ada pun ianya adalah yang telah dilakukan oleh BARISAN NASIONAl....maka atas dasar kebijaksanaan berilah pula peluang kepada BARISAN NASIONAL untuk memastikan permasalahan rakyat selesai...jom undi BARISAN NASSIONAL..

5) Jka rakyat Permatang PAsir "terhutang budi" dengan ANWAR....ANWAR sudah menjadi MP Permatang Pauh dan juga Ketua Pembangkang...jika BARISAN NASIONAL menang kali ini...rakyat dapat untung kerana ANWAR dah dapat....pembangunan pun dapat juga...haaa...ini barulah dikatakan politik bijaksana....

6) Inilah poeluang untuk pengundi Permatang Pasir menambah bilangan suara yang membela Islam dan Melayu dalam DUN Pulau Pinang...kita telah lihat PAS sudah tidak boleh menjadi pembela lagi kerana telah bersengkongkol dengan DAP...PKR juga hanya akan menjadi Pak Turut...dulu kita dihormati walaupun GERAKAn yang menjadi Ketua Menteri...tapi apa yang kita dapat lihat sekarang suara Melayu semakin terpinngir dan kedudukan Melayu semakin dinjak-injak...sedarlah semua..

7) Jika benarlah GUAN ENG seumpama Khalifah Umar Ibnu Aziz ( seperti yang dijaja oleh MAT SABU) dan jika dia sebenarnya faham tentang perjuangan Khalifah Umar, tentulah Guan Eng dah lama menganut Islam..ini jangakn nak menganut Islam...semakin menghina Islam adalah..kononnya pernyataan mengikut Khalifah Umar hanya kenyataan politik yang menghina martabat Khalifah Umar dan juga Islam.

8) Amar Makruf Nahi Munkar di Pulau Pinang hanya sekadar mainan politik dan kempen palsu untuk mengaburi mata rakyat bagi melindungi strategi licik DAP..apa yang pasti...judi, arak, perlacuran juga semakin bertambah..

9) Jika kita lihat..calon BARISAN NASIONAL...Rohaizat...ialah anak tempatan Permatang pauh..lulusan agama SM AGAMA AL- MASHOOR dan juga UNIVERSITI iSLAM ANTARABANGSA...profesional muda yang bersama kepimpinan UMNO membantu membela rakyat Permatang Pauh sejak tahun 1996..apa lagi yang kita nak???

10) Kita lihat pula calon Pembangkang...SALEH MAN..orang Tasek Gelugor..6 kali bertanding dalam pilihanraya..wah mantap...tapi sayang semuanya kalah...Jika kali ini SALEH MAN menang...akan timbul persoalan..ADAKAH RAKYAT PERMATANG PASIR HANYA AMBIL ORANG YANG DAH DITOLAK DI TEMPAT LAIN??? Di Penanti Mansor sebelum ini dah kalah bertanding sebanyak 3 kali...jika SALEH MAN menang kali ini..akan timbul persoalan kedua...APAKAH RAKYAT PERMATANG PASIR HANYA MENADAH KEHADIRAN ORANG LUAR YANG SUDAH TIDAK LAKU LAGI????

Maka..fikir-fikirkanlah....kita telah banyak melihat contoh kesilapan rakyat dalam mengundi pihak pembangkang telah memudaratkan mereka sendiri...takkanlah kita masih terlalu kurang bijak untuk membiarkan diri kita sekali lagi dipermainkan oleh PAKATAN PEMBANGKANG ini...Fikir-fikirkanlah..
" ALLAH TIDAK AKAN MERUBAH NASIB SESUATU KAUM MELAINKAN KAUM ITU SENDIRI MERUBAHNYA"...undian kita lahir daripada hati kita..maka ubahlah dan buanglah apa yang tidak patut di dalam hati kita dan buatlah pilihan yang bijak.....jangan bimbang...anda hanya akan masuk neraka jika amalan anda tidak cukup dan bukan kerana mengundi BARISAN NASIONAL..ALLAHHHU AKBAR!!!!

1 comment:

hilbert said...

Sakam Ramadhan al-mubarak RPS,

...dan selamat berpuasa.