Wednesday, September 16, 2009

se;amat ulangtahun sayang..

salam ziarah..
sedar tak sedar hari ini adalah hari ulangtahun yang pertama impian dan cita-cita ANWAR bin IBRAHIM. Hari ini jugaklah pada tahun 2008 menjadi bukti betapa rapuhnya janji ANWAR kepada pengikut-pengikutnya. Angan-angan kosong seorang hamba yang hanya tinggal mimpi....
jangan bimbang ANWAR....kami akan pastikan mimpi indahmu kekal menjadi mimpi agar dirimu tidak mahu bangun dari lenamu...kami tidak sekejam mana menghalang dirimu untuk bermimpi mimpi yang indah...selamat ulang tahun sayang...kekallah dikau dalam mimpi yang indah kerana kenyataan yang sebenar tidak seindah impian.

Friday, September 11, 2009

Peringatan kepada yang suka lari dan berselindung...

Salam ziarah...

Allah telah berfirman di dalam Surah Az-Zumar ayat 69 dan 70 yang bermaksud:

" Bumi bercahaya dengan cahaya (keadilan) Tuhanmu dan buku ( perhitungan)diletakkan dan nabi-nabi serta saksi-saksi dihadirkan, lalu diputuskan hukuman antara mereka dengan keadilan sedang mereka tidak dizalimi (ayat 69)
Setiap orang disempurnakan ( balasan) amalan masing-masing sedang DIA lebih mengetahui apa yang mereka perbuat( 70)

Keterangan ayat : Ada orang yang berlaku zalim di atas dunia, seperti mencuri harta orang, merampas hak orang, menganiaya, menzalimi tetapi kerana tidak cukup bukti maka dia bebas dari hukuman.Adapun di akhirat, setiap orang akan dibalas menurut amalannya masing-masing, baik dibalas baik dan jahat dibalas jahat.

Maka bagi mereka yang asyik cuba lari dari hukuman dunia, mahkamah dunia dan kesalahan di dunia..ingatlah anda tidak akan pernah lepas dari hukuman ALLAH. Anda menganiaya sesama ISLAM..anda akan mendapat balasannya....Ingatlah....

Thursday, September 10, 2009

MASJID NEGARA vs KUIL NEGARA..siapa menang???

Salam Ziarah..
Beberapa hari yang lalu....perencanaan halus musuh Islam telah berjaya dilakukan..malah lebih memilukan lagi apabila semua ADUN PAKATAN RAKYAT di SELANGOR sekadar mendiamkan diri. Kenapa???Mana pergi kegagahan mereka???Mana pergi suara yang kononnya pembela bangsa dan agama seperti yang dikatakan blogger TakerRules95???Ke mana menghilangnya mereka???HASSAN ALI, AZMIN ALI, YAKOP SAPARI, SUHAIMI SYAFIE, DR. RANI, SAARI SUNGIB dan juga ISKANDAR SAMAD sudah hilang suara ke atau hilang penglihatan sehingga hanya pandang dan lihat sahaja.

Kini dengan rela hatinya Menteri Besar Selangor..siapa???sahabat-sahabat sendiri mengetahuinya...telah membuat keputusan yang memihak kepada kumpulan INTER FAITH COUNCIL hasil tekanan ( hasutan) sahabat-sahabatnya. Hari ini seperti yang berlaku di Kelantan (penuh dengan berhala) maka Selangor bakal mengorak langkah untuk menjadi SELANGOR DARUL KUIL kerana sebuah kuil besar berkeluasan 20 ribu kaki persegi akan dibina di kawasan 80% Melayu. Apa yang paling dikesalkan kuil ini dibina kira-kira 200 meter dari sebuah surau. Oleh itu ana cabar kerajaan SELANGOR turut mempesarkan surau ini sehingga menjadi masjid seluas paling kurang 21 ribu kaki persegi.Ada berani???
Tiga orang pejuang Melayu (kononnya) yang mengaku beragama ISLAM iaitu KHALID IBRAHIM, KHALID SAMAD dan RODZIAH memberikan hujah yang menginjak-injak Melayu apatah lagi ISLAM tanpa sekelumit pun rasa kesal di atas yang sangat kurang pandai. Mereka ini sanggup memperbodohkan rakyat dengan memberikan jawapan yang agak sampah dan cukup menyakitkan hati.
Sahabat- sahabat,
Percayalah...sekiranya IFC dapat melepasi dugaan krisis pembinaan kuil besar di Seksyen 23 Shah Alam ini MAKA KEJAYAAN INI AKAN MEMBERI MEREKA KEKUATAN UNTUK TERUS MEMBANGUNKAN SEGALA GEREJA, TOKONG mahupun KUIL yang besar di kawasan-kawasan Melayu yang lain sehingga satu hari ini masjid dan surau akan tenggelam dilitupi oleh segala macam yang mereka bangunkan seperti contoh berhala di KELANTAN.
Apa yang berlaku ini menyebabkan apa yang terkandung di dalam PERLEMBAGAAN di bawah perkara 3 akan hanya tinggal sampah jika ini dibiarkan. Mereka mentafsir dan menghuraikan apa yang terkandung dalam Perkara 3 dengan sesuka hati mereka tanpa merujuk kepada pakar undang-undang. Perbuatan mereka menghina usaha pemimpin-pemimpin terdahulu yang memasukkakn perkara ini ke dalam perlembagaan. Apa yang dimaksudkan sebenarnya ialah ialah " Hak beragama orang lain sama sekali tidak boleh disamakan dengan menjejaskan kedudukan agama ISLAM...( makna sebenarnya pernyataan " Lain-lain agama boleh diamalkan dengan aman dan damai."
Amatlah tidak harus jika hanya Melayu sahaja yang bersungguh menyokong Gagasan 1 Malaysia. Seharusnya semua pihak bertolak-ansur.1 Malaysia yang dikatakan berpaksikan Perlembagaan akan menjadi tidak bermakna jika kerajaan SELANGOR berbuat demikian. Ini hanya akan membahayakan bukan sahaja SELANGOR malah seluruh negara.
Persoalannya...adakah masih ada yang sudi mengatakan PAKATAN RAKYAT membela bangsa dan agama?????? dan jika ini dibiarkan..kita akan ada satu lagi kebanggan MALAYSIA selain MASJID NEGARA iaitu KUIL NEGARA.....

Wednesday, September 9, 2009

Selangor Darul Kuil?Sebuah Realiti atau fantasi????

Salam ziarah dan salam bermuhasabah..

Isu Kuil di Selangor sudah semakin hangat diperkatakan….kenapalah semua ini terjadi agaknya?? Sebenarnya kalau kita fikir-fikirkan, hal ini berlaku kerana rasa hormat terhadap MELAYU amnya dan ISLAM khususnya sudah tidak ada lagi…kerana apa???? Kerana ada orang MELAYU seperti ANWAR dan KHALID (kedua-duanya berbinkan IBRAHIM) sendiri yang meletakkan maruah orang MELAYU dan ISLAM di bawah telapak kaki. Dibiarkan untuk diinjak-injak… Inilah kesan dari ucapan ANWAR IBRAHIM yang berbunyi “ Malaysia ini Cina punya..India punya….jangan fikir Malaysia ini Melayu yang punya” Kenapa kita masih percayakan penggadai bangsa dan agama ini????

Sekarang ini, kuil sesuka hati hendak dibina di mana saja yang disukai…tidak kira tanah siapa?kawasan mana?hurm…kalaulah kuil dirobohkan maka akan kecohlah satu dunia mengatakan KERAJAAN ZALIM…ORANG ISLAM ZALIM….ORANG MELAYU ZALIM..padahal kalau orang orang ISLAM nak membina masjid atau surau…kebenaran perlu didapatkan dari kerajaan.

Ana berpesan kepada penduduk Seksyen 23, tak perlulah nak berjumpa ataupun meminta maaf kepada mereka ini.Ini bukan salah anda…..setitik pun bukan salah anda..Ini adalah kerana kelemahan, kepincangan KERAJAAN PENIPU RAKYAT yang kurang bijak yang tidak layak sebenarnya memegang tampuk pemerintahan. Ini adalah salah kerajaan PENIPU RAKYAT yang sanggup menggadaikan maruah bangsa dan agama demi meraih sokongan politik…malah sanggup melanggar Hak Keistimewaan Orang Melayu yang tertera dalam Perlembagaan.

Sahabat-sahabat sekelian..

Allah telah berfirman di dalam Surah Al-Anfal ayat 25 yang bermaksud : “ Dan peliharalah diri kamu dari fitnah (seksaan) yang tidak hanya menimpa orang-orang yang zalim sahaja di antara kamu dan ketahuilah bahawa amat keras seksaanNya”.

Keterangan ayat :Takutlah kamu akan ( cubaan/ bahaya) yang tidak hanya menimpa orang-orang yang zalim sahaja. Apabila kezaliman telah bermaharajalela dalam negeri dengan perbuatan pemimipin-pemimpin negeri itu misalnya maka bahaya akan menimpa semua penduduk negeri itu dan tidak berkecuali. Sebab itu jika rakyat yang ramai membiarkan sahaja pemerintah-pemerintah berbuat zalim di dalam negeri maka semua akan mendapat akibatnya.

Maka rakyat Selangor…jangan biarkan anda dalam bahaya!!!!

Tuesday, September 8, 2009

Virus menular???Selamatkan negeri anda!!!!!

Salam ziarah...
Sahabat-sahabat yang ana sayangi...di sini ana ingin berkongsi sesuatu yang sewajarnya kita fikirkan bersama. Adakah kita akan biarkan Selangor selamanya dalam keadaan begini????Adakah kita akan membenarkan perkara yang sama berlaku kepada negeri-negeri lain di Malaysia gara-gara tertipu dengan wayang lakonan Pakatan Pembangkang di bawah pimpinan ANWAR IBRAHIM.
Sahabat-sahabat,
Bar Council dalam satu kenyataan berkata samada Seksyen 23 Shah Alam kawasan majoriti Melayu tidak penting atau relevan. Menurut mereka lagi ia tidak boleh digunakan sebagai alasan untuk menolak pembinaan kuil.

Melalui hal ini, kita dapat melihat mereka sudah tidak memperdulikan Perkara 3 di dalam Perlembagaan Negara. Apakah yang telah berlaku????? Adakah AGAMA ISLAM sebagai agama rasmi sudah tidak diendahkan lagi????Adakah ORANG MELAYU sudah dicabul haknya???? Apa pendirian peguam ISLAM di dalam BAR COUNCIL?????Mana perginya ulama-ulama yang berdiri setia bersama ANWAR IBRAHIM ketika hak orang ISLAM di SEKSYEN 23 dipermainkan???Adakah kita ingin SELANGOR menjadi serambi kuil pulak sebagaimana KELANTAN menjadi Serambi Berhala????Sahabat-sahabat...fikir-fikirkanlah....

Wahai rakyat SELANGOR...Bangkitlah berjuang...pertahankan hak anda tanpa memperlihatkan ISLAM ini sebagai agama yang suka berdemontrasi...perjuangkan pegangan anda dengan menjaga adab sebagai seorang muslim....bertindaklah dengan berhemah....ISLAM cintakan kedamaian..maka satu-satunya cara anda untuk bangkit adalah dengan membuat pilihan yang betul ketika PRU 13...Allah telah berfirman di dalam surah At-Taubah ayat 41 yang bermaksud : " Keluarlah kamu ( ke medan pertempuran) dengan berjalan kaki atau berkenderaan dan berjuanglah dengan harta dan dirimu di jalan Allah. Demikian itu lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui"

Bagi negeri-negeri yang bebas dari cengkaman pembangkang....seperti yang kerap ana katakan..jangan biarkan apa yang berlaku pada mreka berlaku pada kita....ambillah pengajaran..TAKBIR!!!!! ALLAHHU AKHBAR!!!!!!

Monday, September 7, 2009

KATAKAN TIDAK!!!!!!!!!!

Salam ziarah...
Sekarang ni ana dah banyak melihat satu demi satu kepincangan berlaku di pihak pembangkang..Dari selatan sampai utara..dari timur sampai ke barat. tak ada negeri di bawah pimpinan pakatan pembangkang aman damai setakat ni. Mungkin anda mengatakan KELANTAN..ooppss..anda salah...KELANTAN sedang meriah dengan membiaknya berhala-berhala di segenap pelusuk negeri Kelantan..hurm...dulu Perak...haru-biru...Pulau Pinang???Pening kePALA...DEB tak ada...SELANGOR??? sedang hangat di pasaran sekarang.
Benarlah ada sebuah hadis yang maksudnya begini..Jika kita meminta-minta sesuatu jawatan sedangkan kita tidak layak maka kita akan dihina dengannya tetapi jika jawatan itu hak kita, maka kita akan dipermudahkan segala urusan.
Nah...hal ini telah jelas terbukti sekarang ini..dan kita dapat menilai sebenarnya siapa yang layak..siapa yang tidak layak...
Rakyat Selangor...bangkitlah dan sedarlah sekarang...jangan sampai apa yang berlaku di Pulau Pinang berlaku di tempat anda...jangan sampai tanah Selangor juga dipajak sehingga 999 tahun..jangan biarkan..
Amanah kepada anda sebagai khalifah ialah untuk menjaga segala apa yang ada di muka bumi ini. Jangan biarkan dan jangan pernah rela tangan-tangan anda menjadi salah satu faktor kerosakan di muka bumi ini. Seperti yang ana pernah katakan..u want it u get it...jika dulu anda tersilap membuat percaturan...sekarang marilah kita sama-sama men"checkmate" kan pemerintahan PAKATAN RAPUH di Selangor dan juga empat buah negeri-negeri lain yang mengalami nasib yang sama. Slogan negara berkebajikan hanya layak digelar negara berantakan jika mereka terus memerintah.
Kepada negeri-negeri lain yang masih selamat...please...please..please....kekalkan kemakmuran negeri anda...jangan biarkan diri anda di selubungi kepincangan PAKATAN RAPUH di bawah pimpinan ANWAR IBRAHIM. Pengajaran telah dapat dilihat dengan jelas...janganlah anda masih enggan menerima kebenaran yang pahit itu...
Luqmanulhakim pernah berpesan kepada anaknya..."Qullil haq walau kana muran" berkatalah yang benar walaupun ianya pahit. Maka kepada penyokong tegar PAKATAN RAPUH...mengakulah...berkatalah yang benar kerana anda tahu apa yang anda sokong itu bukannya membina tapi menghancurkan....masih belum terlambat.....Allah masih memberi ruang kepada anda untuk memperbetulkan keadaan di PRU 13...TAKBIR!!!!ALLAHHU AKHBAR!!!!!!!

Friday, September 4, 2009

u want it...u get it....

Salam ziarah salam kemerdekaan..
Setelah lama berdiam diri sekadar memerhati…setelah lama menyepikan diri kerana banyak urusan..akhirnya ana dapat juga mencuri ruang dan peluang untuk kembali di ruangan ini…
Hurm…..rupanya telah banyak isu menarik berlaku sepanjang ana menyepi dari ruangan blog ini…Cuma apa yang pasti, sepanjang pemerhatian ana semuanya berlaku atas kehendak pengundi sendiri. Kenapa ana berkata sedemikian??? Sebab pengundi-pengundi tersebut dengan rela hati telah membuat pilihan semasa PRU 12..tapi tidak mengapa….masih belum terlambat lagi..Allah masih sayangkan kalian dan memberi peluang kepada kalian untuk mengubah nasib kalian… “ Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri yang mengubahnya”. Ayat ini telah jelas terbukti di Selangor, Perak, Kelantan, Pulau Pinang dan negeri-negeri lain yang berada di bawah jajahan PKR, PAS dan DAP. Di Selangor contohnya…pengundi Selangor mahupun pemerintah yang mendirikan kuil, mengalakkan demonstrasi, memberi peruntukan 100 juta untuk penternakan khinzir…maka itulah yang mereka dapat..Pengundi Perak mahukan pemerintah yang hanya mengikut telunjuk bukan Melayu..maka pengundi Melayu telah merasa akibatnya suatu ketika dahulu…Pengundi di Kelantan mahukan pemerintah yang menukarkan Serambi Mekah kepada Serambi Berhala…maka Kelantan telah pun berjaya menjadi Serambi Berhala dengan berhala kedua terbesar di Asia terletak di Kelantan…dan di Pulau Pinang pula…pengundinya mahu merasakan nikmat di bawah pemerintahan Ketua Menteri yang bukan berbangsa Melayu..maka pengundi Pulau Pinang telah pun berjaya merasai nikmat dihapuskan DEB..dan banyak lagi kawasan2 lain yang sewaktu dengannya…
Maka ana menyeru kepada semua rakyat Malaysia…contoh yang jelas telah dapat dilihat..maka sempena bulan Ramadhan yang mulia ini mari kita merenung segala-gala yang telah berlaku…apa gunanya memilih sesuatu yang banyak memudaratkan kita…bukankah itu menzalimi diri sendiri namanya….Fikir-fikirkanlah…