Wednesday, March 13, 2013

Pejuangku Gugur Lagi......


Assalamualaikum..Salam Sejahtera..Salam 1Malaysia...Mohon maaf kerana sudah terlalu lama RPS tidak muncul di alam maya.

RPS kini muncul dengan perasaan yang sedih apabila mengenangkan "Pejuangku gugur lagi"....Setelah kehilangan 8 orang pejuang, kita sekali lagi dikejutkan dengan gugurnya 2 lagi anggota pasukan keselamatan kita iaitu Allahyarham Prebet Ahmad Hurairah yang hanya berusia 24 tahun ketika bertempur dan juga Allahyarham Prebet Ahmad Farhan Roslan yang baru berusia 21 tahun terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Jalan Lahad Datu-Chenderawasih ketika menghantar makanan untuk anggota keselamatan dalam operasi itu. Bagi RPS, pemergian mereka semua ini WAJIB dibayar dengan kesetiaan kita terhadap negara kita Malaysia.  



Malulah kita sekiranya kita yang masih hidup ini mengambil mudah tentang hadirnya PENGKHIANAT NEGARA di dalam negara kita. Siapa mereka???? RPS rasa kita semua cukup bijak dan intelek untuk menilai..

Sahabat-sahabat sekalian..jika pejuang kita yang gugur ini berjuang menggunakan senjata, ayuh kita sama-sama berjuang menggunakan kuasa kita di dalam PRU13 yang akan datang...
Ayuh!!!!!!!
Kita tolak " Manifesto Bukan Undi"!
Kita tolak " Lahad Datu adalah konspirasi"!
Kita tolak " Mr Mansuh" (klik Mr Mansuh untuk mengetahui siapakah dia)!
Kita tolak " Orang Yang Bertopeng Agama"!
Kita tolak " U Ulang I Saman" !


Kita tolak mereka ini...Inilah perjuangan kita....




 

Monday, February 13, 2012

SaLaM pErJuAnGaN

SaLam PeRjuAnGan...SaLaM dArI RPS...

Setelah sekian lama menghilangkan diri, RPS akan kembali bersama-sama rakan seperjuangan untuk meneruskan perjuangan yang tak akan pernah tamat.........

Tuesday, May 24, 2011

BOSAN DENGAN SIKAPMU

Semakin hari kita melihat pelbagai onar-onar kejahatan yang berlaku di negara kita..Ada pihak yang berusaha sehabis baik untuk membantu rakyat namun tidak kurang pula yang berusaha memuaskan nafsu serakah sendiri dengan apa jua cara sekali pun.

Mandat yang diberikan rakyat tidak dilaksanakan sebaik mungkin…hanya dipergunakan untuk meraih simpati rakyat yang tertipu dengan penipuan yang sangat memenatkan pemikiran.

Sungguh bosan mendengar dan membaca mengenai satu persatu permasalahan yang dilakukan oleh “ si dia” ini. Kadang-kadang terfikir…bila lah nyawanya akan dicabut oleh Izrail…biar aman negara kita..tiada lagi pengkhianat bangsa…

Wednesday, May 18, 2011

WHAT U WANT...U GET IT...

ANWAR TAK BERSALAH.....


JIKA ANWAR BIJAK DAN BERUSAHA UNTUK MEMBUKTIKAN BAHAWA DIRINYA TELAH MENJADI MANGSA FITNAH DAN TERANIAYA...DIA BOLEH PERGUNAKAN HARI-HARI PERBICARAAN MULAI 6 HINGGA 30 JUN INI UNTUK MEMBELA DIRINYA DARI TUDUHAN LIWAT.

ANWAR IBRAHIM,
MAHKAMAH ADALAH TEMPAT UNTUK AWAK MENCARI KEADILAN DAN AWAK DIWAKILI OLEH PEGUAMBELA YANG DIKATAKAN CUKUP HEBAT...HURM....TIDAK PERLULAH BERDOLAK-DALIH LAGI....AWAK TELAH DIBERI BANYAK KEISTIMEWAAN YANG TIDAK PERNAH DIBERI KEPADA TERTUDUH BIASA JADI BERILAH KETERANGAN SEJELAS-JELASNYA SUPAYA KEADILAN DAPAT DIBERI KEPADA YANG BERHAK.

JIKA BENAR-BENAR TIDAK BERSALAH, USAHLAH GENTAR ATAUPUN TAKUT..DAH HAMPIR TIGA TAHUN KES INI TERTANGGUH..APA ANWAR CUBA MEMPERSENDAKAN KREDIBILITI MAHKAMAH PULA???

DI DALAM MAHKAMAH NANTI, TUNJUKKANLAH BUKTI BAHAWA KES LIWAT ITU TIDAK PERNAH TERJADI DAN AWAK TU TIDAK BERSALAH..JANGANLAH HANYA MELONTAR KATA DI LUAR..MENJADI JAGOAN KAMPUNG TAPI KECUT DI MUKA PENGADILAN...RAKYAT DAH BOSAN......

Sunday, November 7, 2010

Alahai PAS...kalah susah..menang pun susah..

Assalamualaikum...
ana kembali lagi..
seperti yang telah kita sama-sama ketahui..BARISAN NASIONAL telah pun berjaya memenangi pilhanraya kecil DUN Galas dan juga Batu Sapi...Seperti biasa dalam pilihan raya ada yang menang dan ada yang kalah...itu sudah pun ketetapan Ilahi..setiap yang berlaku ada hikmah di sebaliknya dan sebagai hamba Allah yang beriman dan bertakwa kepada NYA hendaklah redha dengan apa yang telah berlaku...

Tetapi malangnya...parti yang kononnya membawa imej ISLAM..( tidak perlu ana katakan di sini sebab semua sudah sedia maklum) enggan menerima kekalahan mereka di tangan BARISAN NASIONAL malah menuduh ada penyalahgunaan agensi kerajaan oleh BARISAN NASIONAL...( Rujuk link ini)http://sejarahmelayu.blogspot.com/2010/11/pas-tidak-boleh-terima-penghukuman-oleh.html#comment-form

Sikap mereka ini seolah-olah menunjukkan mereka tidak berpuas hati dengan qada dan qadar Allah S.W.T..kenapa jadi begini????? Adakah golongan ini telah lupa dengan Firman Allah di dalam Surah Qaaf ayat 29 yang bermaksud : "Keputusan di sisiKU tidak akan berubah dan AKU tidak sesekali menzalimi hamba-hambaKU"

Kekalahan kali ini adalah disebabkan rakyat telah kurang kepercayaan dengan kepimpinan golongan ini..Rakyat berhak memilih parti mana yang mereka mahu..dan PAS (alamak..tersebutlah pulak) seharusnya menerima kenyataan ini..lagipun siapa yang akan percaya dengan imej Islam yang mereka bawa sedangkan MUSLIMAT PAS pun berkelakuan kurang sopan sehingga mencederakan orang lain semasa proses pembuangan undi.(klik di sini). Rakyat tidak lagi buta untuk menilai yang mana satu kaca dan yang mana satu permata.

Sememangnya sepanjang pemerhatian ana...PAS telah terlalu jauh menyimpang dari adab dan tatsasusila seorang Muslim...usahlah memalukan ISLAM dengan cara dan gaya anda itu..MUSLIMAT PAS..usahlah menjatuhkan imej MUSLIMAT lain yang bertudung labuh dengan kelakuan samseng anda itu..ingat lah ALLAH sangat membenci orang yang berpura-pura dengan agamanya dan melakukan permusuhan dengan orang lain. Jangan terlau yakin dengan amal ibadat yang anda lakukan sehingga anda sewenang-wenangnya berkelakuan di luar batasan.
Ingatlah.... Rasulullah SAW mengingatkan melalui sabda Baginda yang bermaksud:“Bahawa siapa yang memuji dirinya sendiri atas suatu amal salih, bererti sudah tersesat daripada mensyukurinya, dan gugurlah segala amal perbuatannya.”

Jadi....fikir-fikirkanlah....

Friday, November 5, 2010

TaHnIaH kEpAdA BN di DUN GaLaS, Kelantan dan BaTu SaPi, SaBaH

Assalamualaikum dan salam perjuangan kepada semua sahabat-sahabat ana..
Sudah lama ana tidak mencurahkan idea di laman ini...Insya Allah ana akan kembali selepas ini.

Alhamdulillah dan bersyukur kita ke hadrat Allah kerana dengan limpah kurnia-Nya BARISAN NASIONAL telah berjaya pada pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi Sabah dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, di Kelantan. Kemenangan diperolehi dengan bilangan undi yang amat menggalakkan iaitu di Galas, calon BN Abdul Aziz Yusoff menang dengan majoriti 1,190 undi selepash mendapat 5,324 undi manakala calon PAS Dr Zulkefli Mohamadmemperoleh 4,134 undi manakala Calon BN di Batu Sapi Datin Linda Tsen Thau Lin menang dengan majoriti 6,359 undi selepas meraih 9,124 undi mengalahkan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ansari Abdullah yang memperoleh 2,919 undi, sementara Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee mendapat 1,750 undi.

Apa yang patut kita sedar ialah kemenangan BN di Batu Sapi dan Galas juga menunjukkan trend perubahan ketara sokongan rakyat kepada BN apabila keputusan-keputusan peti undi menunjukkan bahawa BN bukan sahaja mendapat sokongan kuat daripada bumiputera Islam dan bukan Islam tetapi juga sokongan ketara daripada pengundi Cina dan lain-lain. Ini membuktikan bahawa rakyat telah memahami Gagasan 1 Malaysia.

Tahniah juga diucapkan kepada semua pihak yang teelah berusaha keras untuk memastikan kemenangan ini dan yang paling penting kepada semua pengundi yang telah memberikan kepercayaan kepada Barisan Nasional untuk terus memerintah. Semoga ini akan menjadi petanda baik kepada pilihan raya yang akan datang.

Pesanan penting kepada pemimpin Barisan Nasional yang telah diberi kepercayaan oleh rakyat..jangan hampakan mereka..berikanlah yang terbaik untuk mereka..Semoga usaha kita semua mendapat rahmat Maha Pencipta..Jangan lupa diri di atas kemenangan ini...perjuangan kita tidak akan pernah selesai....