Wednesday, May 18, 2011

ANWAR TAK BERSALAH.....


JIKA ANWAR BIJAK DAN BERUSAHA UNTUK MEMBUKTIKAN BAHAWA DIRINYA TELAH MENJADI MANGSA FITNAH DAN TERANIAYA...DIA BOLEH PERGUNAKAN HARI-HARI PERBICARAAN MULAI 6 HINGGA 30 JUN INI UNTUK MEMBELA DIRINYA DARI TUDUHAN LIWAT.

ANWAR IBRAHIM,
MAHKAMAH ADALAH TEMPAT UNTUK AWAK MENCARI KEADILAN DAN AWAK DIWAKILI OLEH PEGUAMBELA YANG DIKATAKAN CUKUP HEBAT...HURM....TIDAK PERLULAH BERDOLAK-DALIH LAGI....AWAK TELAH DIBERI BANYAK KEISTIMEWAAN YANG TIDAK PERNAH DIBERI KEPADA TERTUDUH BIASA JADI BERILAH KETERANGAN SEJELAS-JELASNYA SUPAYA KEADILAN DAPAT DIBERI KEPADA YANG BERHAK.

JIKA BENAR-BENAR TIDAK BERSALAH, USAHLAH GENTAR ATAUPUN TAKUT..DAH HAMPIR TIGA TAHUN KES INI TERTANGGUH..APA ANWAR CUBA MEMPERSENDAKAN KREDIBILITI MAHKAMAH PULA???

DI DALAM MAHKAMAH NANTI, TUNJUKKANLAH BUKTI BAHAWA KES LIWAT ITU TIDAK PERNAH TERJADI DAN AWAK TU TIDAK BERSALAH..JANGANLAH HANYA MELONTAR KATA DI LUAR..MENJADI JAGOAN KAMPUNG TAPI KECUT DI MUKA PENGADILAN...RAKYAT DAH BOSAN......

Sunday, November 7, 2010

Alahai PAS...kalah susah..menang pun susah..

Assalamualaikum...
ana kembali lagi..
seperti yang telah kita sama-sama ketahui..BARISAN NASIONAL telah pun berjaya memenangi pilhanraya kecil DUN Galas dan juga Batu Sapi...Seperti biasa dalam pilihan raya ada yang menang dan ada yang kalah...itu sudah pun ketetapan Ilahi..setiap yang berlaku ada hikmah di sebaliknya dan sebagai hamba Allah yang beriman dan bertakwa kepada NYA hendaklah redha dengan apa yang telah berlaku...

Tetapi malangnya...parti yang kononnya membawa imej ISLAM..( tidak perlu ana katakan di sini sebab semua sudah sedia maklum) enggan menerima kekalahan mereka di tangan BARISAN NASIONAL malah menuduh ada penyalahgunaan agensi kerajaan oleh BARISAN NASIONAL...( Rujuk link ini)http://sejarahmelayu.blogspot.com/2010/11/pas-tidak-boleh-terima-penghukuman-oleh.html#comment-form

Sikap mereka ini seolah-olah menunjukkan mereka tidak berpuas hati dengan qada dan qadar Allah S.W.T..kenapa jadi begini????? Adakah golongan ini telah lupa dengan Firman Allah di dalam Surah Qaaf ayat 29 yang bermaksud : "Keputusan di sisiKU tidak akan berubah dan AKU tidak sesekali menzalimi hamba-hambaKU"

Kekalahan kali ini adalah disebabkan rakyat telah kurang kepercayaan dengan kepimpinan golongan ini..Rakyat berhak memilih parti mana yang mereka mahu..dan PAS (alamak..tersebutlah pulak) seharusnya menerima kenyataan ini..lagipun siapa yang akan percaya dengan imej Islam yang mereka bawa sedangkan MUSLIMAT PAS pun berkelakuan kurang sopan sehingga mencederakan orang lain semasa proses pembuangan undi.(klik di sini). Rakyat tidak lagi buta untuk menilai yang mana satu kaca dan yang mana satu permata.

Sememangnya sepanjang pemerhatian ana...PAS telah terlalu jauh menyimpang dari adab dan tatsasusila seorang Muslim...usahlah memalukan ISLAM dengan cara dan gaya anda itu..MUSLIMAT PAS..usahlah menjatuhkan imej MUSLIMAT lain yang bertudung labuh dengan kelakuan samseng anda itu..ingat lah ALLAH sangat membenci orang yang berpura-pura dengan agamanya dan melakukan permusuhan dengan orang lain. Jangan terlau yakin dengan amal ibadat yang anda lakukan sehingga anda sewenang-wenangnya berkelakuan di luar batasan.
Ingatlah.... Rasulullah SAW mengingatkan melalui sabda Baginda yang bermaksud:“Bahawa siapa yang memuji dirinya sendiri atas suatu amal salih, bererti sudah tersesat daripada mensyukurinya, dan gugurlah segala amal perbuatannya.”

Jadi....fikir-fikirkanlah....

Friday, November 5, 2010

TaHnIaH kEpAdA BN di DUN GaLaS, Kelantan dan BaTu SaPi, SaBaH

Assalamualaikum dan salam perjuangan kepada semua sahabat-sahabat ana..
Sudah lama ana tidak mencurahkan idea di laman ini...Insya Allah ana akan kembali selepas ini.

Alhamdulillah dan bersyukur kita ke hadrat Allah kerana dengan limpah kurnia-Nya BARISAN NASIONAL telah berjaya pada pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi Sabah dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, di Kelantan. Kemenangan diperolehi dengan bilangan undi yang amat menggalakkan iaitu di Galas, calon BN Abdul Aziz Yusoff menang dengan majoriti 1,190 undi selepash mendapat 5,324 undi manakala calon PAS Dr Zulkefli Mohamadmemperoleh 4,134 undi manakala Calon BN di Batu Sapi Datin Linda Tsen Thau Lin menang dengan majoriti 6,359 undi selepas meraih 9,124 undi mengalahkan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ansari Abdullah yang memperoleh 2,919 undi, sementara Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee mendapat 1,750 undi.

Apa yang patut kita sedar ialah kemenangan BN di Batu Sapi dan Galas juga menunjukkan trend perubahan ketara sokongan rakyat kepada BN apabila keputusan-keputusan peti undi menunjukkan bahawa BN bukan sahaja mendapat sokongan kuat daripada bumiputera Islam dan bukan Islam tetapi juga sokongan ketara daripada pengundi Cina dan lain-lain. Ini membuktikan bahawa rakyat telah memahami Gagasan 1 Malaysia.

Tahniah juga diucapkan kepada semua pihak yang teelah berusaha keras untuk memastikan kemenangan ini dan yang paling penting kepada semua pengundi yang telah memberikan kepercayaan kepada Barisan Nasional untuk terus memerintah. Semoga ini akan menjadi petanda baik kepada pilihan raya yang akan datang.

Pesanan penting kepada pemimpin Barisan Nasional yang telah diberi kepercayaan oleh rakyat..jangan hampakan mereka..berikanlah yang terbaik untuk mereka..Semoga usaha kita semua mendapat rahmat Maha Pencipta..Jangan lupa diri di atas kemenangan ini...perjuangan kita tidak akan pernah selesai....




Tuesday, January 26, 2010

Hina Sultan ( Lambang Melayu)+Hina Allah= Perpecahan Kaum

salam ziarah salam perpaduan...

hurm..lepas sorang datang lagi sorang makhluk yang tak tahu mengenal erti adab..Ana sangat yakin bahawa blogger ini ( GUTTER MALAYSIA) akan join ADUKA TERUNA di dalam penjara. Tindakan blogger ini bukan sahaja berjaya menimbulkan kemarahan rakyat terhadap penghinaan yang dilakukan terhadap Almarhum Sultan malah telah menimbulkan isu perkauman antara Melayu dan juga India.Apa yang sangat menyedihkan ada komen yang turut melibatkan Allah..

Persoalannya :
1)Adakah mereka-mereka ini sebenarnya agen-agen perosak perpaduan bagi menghancurkan unsur perpaduan yang ada pada rakyat Malaysia?

2) Adakah mereka-mereka ini memang sengaja diupah bagi menimbulkan lagi kejadian yang serupa seperti 13 Mei 1969?

Fikir-fikirkanlah....



Saturday, January 23, 2010

Blogger anak didik PAS kurang Adab...Berdoa untuk perubahan PAS

salam ziarah..
setelah lama tenggelam ana kembali lagi..hurmmm...ana agak terkejut apabila terbaca post seorang blogger yang ana rasa agak kuranglah adab dan tatasusila sebagai seorang manusia apatah lagi sebagai seseorang yang mengaku pejuang agama ketika mendengar berita kematian.
Aduka Teruna...blogger hasil didikan PAS, dengan tanpa rasa ihsannya telah sewenang-wenangnya mengeluarkan pernyataan yang agak "kurang ajar" tentang berita kemangkatan
DYMM Sultan Johor Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail dan ana rasa jika ditujukan kepada saudara-mara sahabat-sahabat ,ana yakin blogger ini akan lenyap di muka bumi ini...Hurm..apa boleh buat kan...namanya pun anak-didik PAS..sama-samalah kita berdoa untuk perubahan PAS ya dan semoga pihak berkuasa mengambil tindakan di atas sikap blogger ADUKA TERUNA yang menghina almarhum Sultan...Amin.......



Tuesday, November 10, 2009

PAS ( PEDULI APA SAYA???)

salam ziarah..salam ukhuwah..
Perkahwinan atau institusi kekeluargaan adalah sesuatu yang amat bernilai dan perlu dijaga.Walau bagaimanapun tidak semua berpendapat sebegitu apabila kita lihat pada pendedahan yang dibuat baru-baru ini oleh YB Tuan Khalid Samad (Ahli Parlimen PAS, Shah Alam) yang menyatakan wujud bai'ah atau sumpah menceraikan isteri dengan talak tiga sekiranya wakil rakyat Pas ingin berhenti atau keluar dari parti, perkara ini mendatangkan pelbagai persoalan dengan parti yang selama ini memperjuangkan Agama Islam yang suci.
Ana agak sedih dengan pendedahan berani oleh YB Tuan Khalid Samad itu...bukan bersedih dengan keberaniannya tetapi bersedih dengan kenyataan yang tersembunyi di sebalik parti yang dikatakan mengamalkan ajaran Islam..Jika ini berlaku, maka akan tergadailah masa depan isteri-isteri wakil rakyat PAS. Adakah nilai sesebuah perkahwinan begitu rendah di mata rata-rata pimpinan PAS yang mengaku arif akan agama...yang bercakap tak lari dari menggunakan ayat Al-Quran..hadis...apa yang berlaku sebenarnya???? Adakah perkahwinan itu perkara kecil berbanding dengan harga sebuah parti yang sia-sia seperti PAS???
Ana selaku muslimah amat menentang penganiayaan yang dilakukan oleh pimpinan-pimpinan PAS yang bersikap sewenang-wenangnya menindas kaum wanita dengan bai'ah atau sumpah yang mengarut ini....hurm....

Monday, November 2, 2009

Dr.Asri???Apa nak jadi?Al-Wahabi??

salam ziarah..salam ukhuwah...salam perjuangan..

Terus-terang ana katakan bahawa ana semakin bimbang tentang apa yang berlaku di negara kita ini. Dulu kalimah ALLAH dipermainkan..sekarang muncul pula isu penahanan bekas mufti Perlis iaitu Dr.Mohd Asri Zainal Abidin oleh Jabatan Agama Islam Selangor ( JAIS) selepas beliau menyampaikan kuliah di sebuah kediaman di Taman Sri Ukay. Penahanan beliau berikutan dengan fahaman Wahabi yang dikatakan ada kaitan dengan beliau.

Turut berada di rumah banglo itu ialah Ahli Parlimen Ampang, Zuraidah Kamaruddin dan Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Kelang, Saari Sungib. Apa sebenarnya yang ingin disampaikan oleh mereka-mereka ini?Sebelum ini hanya pemimpin ajaran sesat sahaja yang ditahan bawah kesalahan tersebut. Terbaru Si Kahar yang mendakwa menjadi Rasul Melayu. Tapi sekarang?????

Sebelum ini blog yang aktif seperti Zamihan Al Ghari ( Pegawai JAKIM ) kerap mengkritik koroni Wahabi ini terutama Dr Asri dan isu penangkapan Dr Asri ini turut diulas oleh beliau di sini..

http://al-ghari.blogspot.com/2009/11/asri-ditangkap-jais.html

Persoalannya: Kenapa yang hadir bersama di sana dua orang YBPakatan Rakyat dari PAS dan PKR iaitu YB Saari Sungip dan Zuraidah Ismail?Adakah kenyataan beliau menyokong kalimah Allah kepada bukan Islam ( lihat di sini ) serta mengkritik tindakan JAIS yang menahan pesalah khalwat di hotel sealiran dengan Islam Liberal pimpinan dalam PKR ?

Ana teringat bahawa UIA adalah tempat 'jin wahabi' bertendang dan tidak mustahil aliran sama juga di kalangan pemimpin PKR yang berjuang atas dasar Islam Liberal yang menghalalkan apa sahaja dan adakah ini juga akan berlaku di UM kerana ada terdapat penyokong fanatik PKR di kampus perdana itu.

Barangkali inilah punca kenapa Dr Asri dilihat kerap mengkritik Kerajaan seperti isu Tugu Negara termasuk begitu biadap mengkritik Jabatan Agama Islam sebagai jabatan yang paling lembab di Malaysia ( link klik sini )

Apa yang ingin ana tekankan di sini, Wahabi yang dikaitkan dengan Dr Asri adalah fahaman menyeleweng. Ia tidak sahaja berkaitan dengan masalah Fekah bahkan turut melibatkan masalah Tauhid dan Tasawwuf.Pendek kata, ajaran ini sangat berbahaya dan memang patut Pihak Berkuasa dan Jabatan Agama menghalang ajaran sesat ini dari terus berkembang.

Jika ana nak menghuraikan satu persatu terlalu banyak kes yang telah berlaku. Cuma sebagai contoh mudah sahabat-sahabat boleh fikirkan kenapa hanya seorang yang mengajar fahaman ini dari kalangan Mufti berbanding Mufti- Mufti yang lain semasa zaman Dr Asri?

Ana merasakan tindakan tegas juga perlu dibuat terhadap tokoh Wahabi yang lain kerana mereka mengajar fahaman yang bercanggah dengan Al-Quran, Hadis serta Ijmak Ulama. Ini wajib dilakukan bagi mengelakkan lahirnya lebih ramai lagi golongan-golongan seperti ini. Jikalau perkara ini dibiarkan maka akan hancur binasalah generasi muda di masa akan datang. Dan jika itu berlaku, rasanya sudah terlambat untuk ulama PAS bertindak. sedangkan masalah dalaman pun masih bercelaru apatah lagi masalah ummah..peringatan untuk ana jugak.

Ana mengucapkan syabas kepada pihak JAIS dan semoga sesiapapun tidak kira penyokong Umno, Pas dan Pkr yang terlibat membawa fahaman songsang ini perlu ditahan dan dihalang. Satu persoalan untuk sahabat-sahabat semua...agak-agaknyalah JAIS ni pihak mana yang mengasaskannya eh?Apa yang pasti walau siapa pun mereka, mereka adalah golongan yang mempertahankan agama....betul tak?
Takbir!!!!!ALLAHHU AKHBAR!!!!