Tuesday, November 10, 2009

PAS ( PEDULI APA SAYA???)

salam ziarah..salam ukhuwah..
Perkahwinan atau institusi kekeluargaan adalah sesuatu yang amat bernilai dan perlu dijaga.Walau bagaimanapun tidak semua berpendapat sebegitu apabila kita lihat pada pendedahan yang dibuat baru-baru ini oleh YB Tuan Khalid Samad (Ahli Parlimen PAS, Shah Alam) yang menyatakan wujud bai'ah atau sumpah menceraikan isteri dengan talak tiga sekiranya wakil rakyat Pas ingin berhenti atau keluar dari parti, perkara ini mendatangkan pelbagai persoalan dengan parti yang selama ini memperjuangkan Agama Islam yang suci.
Ana agak sedih dengan pendedahan berani oleh YB Tuan Khalid Samad itu...bukan bersedih dengan keberaniannya tetapi bersedih dengan kenyataan yang tersembunyi di sebalik parti yang dikatakan mengamalkan ajaran Islam..Jika ini berlaku, maka akan tergadailah masa depan isteri-isteri wakil rakyat PAS. Adakah nilai sesebuah perkahwinan begitu rendah di mata rata-rata pimpinan PAS yang mengaku arif akan agama...yang bercakap tak lari dari menggunakan ayat Al-Quran..hadis...apa yang berlaku sebenarnya???? Adakah perkahwinan itu perkara kecil berbanding dengan harga sebuah parti yang sia-sia seperti PAS???
Ana selaku muslimah amat menentang penganiayaan yang dilakukan oleh pimpinan-pimpinan PAS yang bersikap sewenang-wenangnya menindas kaum wanita dengan bai'ah atau sumpah yang mengarut ini....hurm....

Monday, November 2, 2009

Dr.Asri???Apa nak jadi?Al-Wahabi??

salam ziarah..salam ukhuwah...salam perjuangan..

Terus-terang ana katakan bahawa ana semakin bimbang tentang apa yang berlaku di negara kita ini. Dulu kalimah ALLAH dipermainkan..sekarang muncul pula isu penahanan bekas mufti Perlis iaitu Dr.Mohd Asri Zainal Abidin oleh Jabatan Agama Islam Selangor ( JAIS) selepas beliau menyampaikan kuliah di sebuah kediaman di Taman Sri Ukay. Penahanan beliau berikutan dengan fahaman Wahabi yang dikatakan ada kaitan dengan beliau.

Turut berada di rumah banglo itu ialah Ahli Parlimen Ampang, Zuraidah Kamaruddin dan Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Kelang, Saari Sungib. Apa sebenarnya yang ingin disampaikan oleh mereka-mereka ini?Sebelum ini hanya pemimpin ajaran sesat sahaja yang ditahan bawah kesalahan tersebut. Terbaru Si Kahar yang mendakwa menjadi Rasul Melayu. Tapi sekarang?????

Sebelum ini blog yang aktif seperti Zamihan Al Ghari ( Pegawai JAKIM ) kerap mengkritik koroni Wahabi ini terutama Dr Asri dan isu penangkapan Dr Asri ini turut diulas oleh beliau di sini..

http://al-ghari.blogspot.com/2009/11/asri-ditangkap-jais.html

Persoalannya: Kenapa yang hadir bersama di sana dua orang YBPakatan Rakyat dari PAS dan PKR iaitu YB Saari Sungip dan Zuraidah Ismail?Adakah kenyataan beliau menyokong kalimah Allah kepada bukan Islam ( lihat di sini ) serta mengkritik tindakan JAIS yang menahan pesalah khalwat di hotel sealiran dengan Islam Liberal pimpinan dalam PKR ?

Ana teringat bahawa UIA adalah tempat 'jin wahabi' bertendang dan tidak mustahil aliran sama juga di kalangan pemimpin PKR yang berjuang atas dasar Islam Liberal yang menghalalkan apa sahaja dan adakah ini juga akan berlaku di UM kerana ada terdapat penyokong fanatik PKR di kampus perdana itu.

Barangkali inilah punca kenapa Dr Asri dilihat kerap mengkritik Kerajaan seperti isu Tugu Negara termasuk begitu biadap mengkritik Jabatan Agama Islam sebagai jabatan yang paling lembab di Malaysia ( link klik sini )

Apa yang ingin ana tekankan di sini, Wahabi yang dikaitkan dengan Dr Asri adalah fahaman menyeleweng. Ia tidak sahaja berkaitan dengan masalah Fekah bahkan turut melibatkan masalah Tauhid dan Tasawwuf.Pendek kata, ajaran ini sangat berbahaya dan memang patut Pihak Berkuasa dan Jabatan Agama menghalang ajaran sesat ini dari terus berkembang.

Jika ana nak menghuraikan satu persatu terlalu banyak kes yang telah berlaku. Cuma sebagai contoh mudah sahabat-sahabat boleh fikirkan kenapa hanya seorang yang mengajar fahaman ini dari kalangan Mufti berbanding Mufti- Mufti yang lain semasa zaman Dr Asri?

Ana merasakan tindakan tegas juga perlu dibuat terhadap tokoh Wahabi yang lain kerana mereka mengajar fahaman yang bercanggah dengan Al-Quran, Hadis serta Ijmak Ulama. Ini wajib dilakukan bagi mengelakkan lahirnya lebih ramai lagi golongan-golongan seperti ini. Jikalau perkara ini dibiarkan maka akan hancur binasalah generasi muda di masa akan datang. Dan jika itu berlaku, rasanya sudah terlambat untuk ulama PAS bertindak. sedangkan masalah dalaman pun masih bercelaru apatah lagi masalah ummah..peringatan untuk ana jugak.

Ana mengucapkan syabas kepada pihak JAIS dan semoga sesiapapun tidak kira penyokong Umno, Pas dan Pkr yang terlibat membawa fahaman songsang ini perlu ditahan dan dihalang. Satu persoalan untuk sahabat-sahabat semua...agak-agaknyalah JAIS ni pihak mana yang mengasaskannya eh?Apa yang pasti walau siapa pun mereka, mereka adalah golongan yang mempertahankan agama....betul tak?
Takbir!!!!!ALLAHHU AKHBAR!!!!